Fashion

The Modern Classic Looks

Fashion world these days are BOOMING! With every changing day we’re getting new and improved styles that sometimes a normal non-creative mind couldn’t even think of! I mean, if we take a look at the not-so-long-ago Autumn/Winter collection in the Vogue magazine, we could see how they are so fresh, yet at the same time bringing a little bit of ‘bizarreness’ to the table.

Picture courtesy of vogue.uk

But we’re not talking about that today, no. We’re still talking about fashion, although today we’re putting the classics on the table. And with classics, I meant our classics, Malaysia’s classics. We can’t escape the fact that our traditional outfit such as the kebaya, kurung, cheong sam, saree and ethnic’s dresses are one of the best looking traditional outfit out there.

Pictures courtesy of Google

So, focusing on our fashion. Especially the mixing of the traditional and classic with a little bit of modern twist to it. Have you seen it lately? I mean they’re making a comeback to the fashion industry after the denim fever in the early 2000’s. Of course, with their own twists this time. Modern versions of these classic dresses that we know and grew up with are still in trend until now. With changes here and there every year.

These modern twists have given a breath of fresh air for us who love dolling up in our traditional dresses. Which surprisingly are still mesmerizing to look at, especially with Malaysia’s classic motives woven into the modern cuts of these dresses. If you haven’t seen any, go on Instagram, search for Eid, Chinese New Year, or Deepavali celebration’s hashtags. It would certainly blow your mind away. The colors, the motives, the traditional, absorbed into such fresh designs taking the best from both timelines and donned by the most beautiful Malaysian’s women you’ll ever feast your eyes on.

What does this has to do with anything though? Well, this has to do with the fact that Malaysians aren’t about letting our image and tradition lost along with time and modernisation. And me especially, I love seeing the youths of Malaysia still wearing the modern kebaya and kurung even as their daily wear. And oh oh oh how I LOVE seeing them in events where they put on modernised dresses of cheong sam, kebaya and saree. Their unparalleled beauty with the essence of classic Malaysian dresses would drop every jaws in the room.

And I guess this is what we’re trying to achieve here at Madre. We cater to these looks, classic and modern. The traditional chic look of Malaysia’s footwears, infused with the modern designs and technologies ensuring aesthetically pleasing looks with great comfort for you. And Madre’s collection of shoes go great with these kind of looks. Modern, chic, elegant and beautiful, all in the collection of Madre shoes. But don’t take it the wrong way, this doesn’t mean that Madre can’t look good with fully modern dresses and outfits. Because we do, and that’s the beauty of Madre’s designs. Be it classic or modern, you’d look good in it donning our collection.

Yours,

S.A.

Rupa Klasik Moden.

Dunia fesyen sekarang meluncur laju kedepan. Hari ini berganti esok bermakna akan wujud stail baru dan berbeza yang terkadang untuk mereka yang diluar circle dunia fesyen, begitu janggal sekali. Cuba ambil contoh fesyen luar Negara, yang paling baru, koleksi Autumn/Winter dari majalah Vogue, betapa segar dan berbezanya, tapi pada masa yang sama ada sedikit keunikan yang lain dari norma dunia fesyen kita.

Tapi bukan itu yang kita mahu bincangkan hari ini, tidak. Masih lagi dalam dunia fesyen, tapi kita akan focus kepada klasik. Dan dengan klasik, saya maksudkan klasik kita, klasik Malaysia. Koleksi pakaian tradisional etnik-etnik Malaysia merupakan salah satu daripada pakaian tradisional yang teratas di seluruh dunia, dan itu adalah fakta. Lihat sahaja baju kebaya, kurung, cheong sam, sari dan pakaian-pakaian etnik Orang Asal yang tidak dinafikan sangat cantik.

Gambar ihsan daripada Google.com

Jadi, untuk fokus lebih dalam pada fesyen kita, terutamanya trend memodenkan pakaian tradisional dan klasik bersesuaian dengan dunia fesyen hari ini. Apabila demam denim pada awal 00-an telah hilang, Malaysia kembali fokus kepada klasik dan tradisional. Tapi sudah tentu dengan modern twist pada rekaannya. Pakaian klasik versi moden Malaysia masih lagi menjadi trend sehingga sekarang dengan pelbagai penambahbaikan pada rekaan dari demi hari.

Modern twist ini telah memberi nafas baru kepada mereka yang gemar mengenakan pakaian klasik dan tradisional Malaysia, yang masih lagi memukau mata memandang. Terutamanya kerana motif-motif klasik Malaysia disemai bersama rekaan-rekaan moden ini. Jika tidak percaya, anda boleh ke Instagram dan cari hashtags berkaitan sambutan Aidilfitri, Aidiladha, Tahun Baru Cina, Deepavali atau mana-mana perayaan Malaysia. Jamulah mata anda dengan warna, motif tradisional, yang diserap masuk ke dalam potongan moden yang cantik dan hanya mengambil ciri terbaik dari kedua zaman. Tambahan pula digayakan oleh wanita-wanita Malaysia yang tidak dapat dinafikan kecantikan dan keanggunan mereka.

Jadi, apa kaitan semua pemodenan ni dengan kita? Kaitannya adalah kenyataan bahawa kita, rakyat Malaysia yang tidak akan membiarkan imej dan tradisi hilang ditelan zaman dan arus modenisasi. Anak-anak muda yang masih mengenakan kurung moden dan kebaya moden sebagai pakaian harian dan ohhhh betapa BANGGAnya apabila mereka mengenakan pakaian klasik moden seperti kebaya, cheong sam dan sari untuk majlis-majlis besar dan berprestij. Kecantikan mereka yang tiada tara ditambah dengan keanggunan pakaian klasik Malaysia akan memikat setiap mata memandang.

Dan berani saya katakan, inilah yang kami cuba capai di Madre. Kami cuba memenuhi keperluan gaya moden dan klasik. Keanggunan rupa kasut klasik Malaysia, digabungkan dengan rekaan dan teknologi moden untuk memastikan rupa estetika yang memuaskan dengan keselesaan yang tinggi untuk anda. Dan koleksi Madre sangat sesuai dengan gaya ini, moden, anggun, elegan, dan cantik. Tapi tidak bermaksud Madre tidak sesuai dikenakan dengan pakaian stail moden. Kerana ia adalah sebaliknya, dan itulah keunikan kasut rekaan Madre. Tidak kira klasik atau moden, setiap gaya dan stail pasti menjadi jika dikenakan dengan kasut dari koleksi Madre.

Sekian,

S.A.

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply