Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Sememangnya bulan Ogos ini bukan bulan asing bagi rakyat Malaysia. Sebut saja bulan 8 secara automatik kita teringatkan bulan kemerdekaan. Betul tak? Masa ini jugalah kebanyakan sekolah mendendangkan lagu patriotik semasa perhimpunan.
Tidak kurang juga ada yang membuat pertandingan menyanyi lagu patriotik. Tidak dinafikan semua usaha ini adalah untuk menyemarakkan semangat patriotisme dalam diri kita. Oleh itu, di sini saya kongsikan 5 lagu patriotik yang membakar semangat patriotik kita semua.
Lagu ini merupakan antara masterpiece yang pernah dikeluarkan oleh seniman negara kita, Sudirman Haji Arshad. Lagu ini juga dikeluarkan pada tahun 1982 dalam album ‘Abadi’. Jika anda hayati betul-betul lirik lagu ini, ia amat menyentuh hati memandangkan lagu ini adalah luahan insan yang sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan kedaulatan negara.
Ia dapat dilihat daripada lirik “Aku bukanlah seorang perwira, gagah menjunjung senjata, namun hati rela berjuang, dengan cara sendiri, demi cinta ini.” Liriknya yang indah begitu memberikan kesan yang mendalam dalam hati.
Saya yakin setiap rakyat Malaysia pasti tahu lagu ini. Liriknya juga pasti sudah tersemat dalam minda kita semua. Jika lagu warisan lenggoknya mendayu-dayu, Tanggal 31 pula adalah lagu yang rancak. Ini adalah kerana lagu ini dicipta khas untuk menyambut Hari Kemerdekaan. Takkanlah kita mahu bersedih pada hari merdeka pula, kan?
Apa yang menariknya tentang lagu, lirik yang berulang-ulang amat mudah untuk dinyanyikan oleh sesiapa sahaja. Ditambah pula dengan suara kanak-kanak sebagai suara latar dapat menambahkan lagi keceriaan lagu ini.
Tidak dinafikan lagu ini memberikan impak yang mendalam kepada kita semua. Liriknya yang bersemangat menunjukkan pengorbanan perwira-perwira kita untuk mempertahankan negara kita sehingga titsan darah yang terakhir.
Karya ini dihasilkan sewaktu tercetusnya Konfrontasi Indonesia-Malaysia pada 1962 hingga 1966 apabila republik itu tidak bersetuju Malaysia terbentuk bersama penyatuan Sabah dan Sarawak.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua dan benar-benar dapat menyemarakkan rasa cinta kepada negara.
Anda suka artikel di atas? Kalau suka, ada banyak lagi artikel menarik dan berguna di sini. Kalau nak tengok tote beg yang berkualiti dan pelbagai guna, boleh ke www.madre.my. Lagi senang, Whatsapp sahaja kami untuk dapat respon terpantas.