Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Malam Lailatul Qadar merupakan malam yang paling dinantikan oleh umat Islam seluruh dunia. Pelbagai amalan yang boleh dilakukan demi mendapat keberkatan Lailatul Qadar. Allah telah menjanjikan satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan iaitu Lailatul Qadar sebagaimana firman Allah: malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan.
Pelbagai hadis dan juga pendapat yang membahaskan tentang malam Lailatul Qadar ini. Namun begitu, Rasulullah SAW telah memberi beberapa isyarat tentang malam berlakunya Lailatul Qadar. Baginda ada menyatakan bahawa malam Lailatul Qadar berlaku pada 10 malam akhir ganjil Ramadan.
Apabila tiba 10 malam terakhir Ramadan, Rasulullah SAW dikhabarkan memperbanyakkan amalan dan ibadah melebihi malam-malam sebelumnya. Hikmah waktu sebenar malam ini dirahsiakan agar umat Islam melakukan ibadah di sepanjang malam yang terakhir bulan Ramadan. Terdapat juga beberapa kebaikan Lailatul Qadar antaranya:
Lailatul Qadar merupakan malam diturunkan al-Quran. Daripada Ibn ‘Abbas radiallahu ‘anhuma, beliau berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam diangkat menjadi rasul ketika berusia 40 tahun. Baginda tinggal di Mekah selama 13 tahun dan ketika itu wahyu diturunkan kepada baginda. Kemudian baginda disuruh berhijrah, lalu baginda berhijrah selama 10 tahun. Baginda meninggal ketika berumur 63 tahun. [Sahih al-Bukhari, Kitab Manaqib al-Ansar, hadis no: 3902].
Lailatul Qadar juga merupakan malam penuh keberkatan berdasarkan firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan (Surah ad-Dukhan: Ayat 3).
Keistimewaan Lailatul Qadar diiringi juga dengan turunnya para malaikat yang diketuai oleh ‘Ar Ruuh’ iaitu malaikat Jibril pada malam al-Qadr dalam suatu angkatan yang besar, penuh gilang-gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang berpuasa dengan seikhlas hati.
Oleh itu, kita digalakkan untuk mengambil kesempatan ini untuk beribadat kepada Allah sebanyak yang mungkin. Tiada nikmat yang lebih besar melainkan keampunan daripada Allah SWT dan nikmat meraih ganjaran syurga yang dijanjikan oleh Allah.
Anda suka artikel di atas? Kalau suka, ada banyak lagi artikel menarik dan berguna di sini. Kalau nak tengok tote beg yang berkualiti dan pelbagai guna, boleh ke www.madre.my. Lagi senang, Whatsapp sahaja kami untuk dapat respon terpantas.