Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Apabila tiba sahaja Raya Haji atau Raya Korban, pasti umat Islam berebut-rebut menunaikan ibadah korban dan akikah. Di dalam al-Quran juga telah disebut kewajipan kita dalam menunaikan kedua-dua ibadah tersebut. Saya telah berkongsi fakta menarik berkaitan Raya Haji dalam entri sebelum ini. Kali ini, saya akan berkongsi tentang perbezaan antara korban dan akikah.
Apakah sebenarnya perbezaan antara ibadah korban dan akikah?
Dalam surah al-Hajj Allah telah berfirman yang bermaksud, “dan Kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syiar Allah, kamu memperoleh kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur.”
Manakala bagi ibadah akikah pula Nabi telah bersabda “bayi itu tertebus dengan aqiqahnya. Penyembelihan aqiqah dilakukan pada hari yang ketujuh selepas kelahirannya, dalam masa yang sama diberikan nama dan dicukur rambutnya.” (Riwayat Abu Daud)
Tujuan bagi melaksanakan ibadah korban adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan juga untuk mengingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS.
Akikah pula dilaksanakan sebagai tanda kesyukuran atas kurniaan cahaya mata.
Tempoh pelaksanaan akikah adalah pada bila-bila masa bermula 7 hari selepas kelahiran bayi. Ibadah korban pula adalah pada hari raya Aidil Adha (10 Zulhijjah) dan hari Tasyriq iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
Akhir kata, dalam menunaikan ibadah korban dan akikah tersebut, kita juga perlulah menjaga adab kita dalam melaksanakan penyembelihan seperti pisau yang digunakan mestilah tajam, disembunyikan atau tidak memperlihatkan kepada penglihatan binatang yang hendak dikorban dan menyebut nama Allah SWT.
Sekiranya kita melakukan penyembelihan dengan betul, ia termasuk bahagian kasih sayang kepada haiwan. Prinsipnya jika kita bersikap rahmat kepada haiwan, Allah juga akan bersifat rahmat kepada kita.
Anda suka artikel di atas? Kalau suka, ada banyak lagi artikel menarik dan berguna di sini. Kalau nak tengok tote beg yang berkualiti dan pelbagai guna, boleh ke www.madre.my. Lagi senang, Whatsapp sahaja kami untuk dapat respon terpantas.