Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

4 Fakta Menarik Tentang Hari Raya Haji

Hari Raya Aidil Adha ataupun lebih dikenali sebagai Hari Raya Haji adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari umat Islam memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan anaknya Nabi Ismail A.S dalam membuktikan ketaatan baginda terhadap perintah Allah SWT. Raya Haji disambut selama empat hari iaitu pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah, bulan terakhir dalam kalendar Islam. Bagi umat Islam di Malaysia, sambutan ini diraikan dengan cuti umum selama dua hari, 10 dan 11 Zulhijjah.

Sebelum ini, team Madre ada berkongsi tentang Hari Arafah. Kali ini, saya akan kongsikan 4 fakta menarik yang anda wajib tahu berkaitan Hari Raya Haji.

Waktu penyembelihan binatang korban

Seperti yang semua sedia maklum, Raya Haji adalah hari di mana umat Islam akan melakukan sembelihan haiwan. Waktu sembelihan hanya boleh dijalankan setelah selesai solat hari raya sehingga hari terakhir hari Tasyriq, iaitu tiga hari terakhir selepas solat sunat Hari Raya Aidil Adha. Sekiranya proses sembelihan dilakukan sebelum waktu solat, maka ia menjadi daging untuk sedekah, bukan untuk tujuan korban.

Tidak boleh menggunting rambut atau memotong kuku

Bagi seseorang Muslim yang ingin melakukan ibadah korban, dia tidak dibenarkan untuk menggunting rambut atau memotong kuku dari tarikh 1 Zulhijjah sehingga dia melaksanakan ibadah korban tersebut. Hal ini bersesuaian dengan hadis yang bermaksud, “barangsiapa yang mempunyai binatang korban untuk disembelih, maka apabila terlihatnya anak bulan Zulhijjah, janganlah dia mengambil satu apapun (yakni memotong) dari rambutnya, mahupun dari kukunya sehingga dia selesai berkorban.” (Hadis Riwayat Muslim).

Gunakan alatan sembelihan yang tajam

Ketika melaksanakan korban, pastikan objek yang digunakan adalah tajam dan tidak tumpul seperti pisau supaya binatang sembelihan tersebut mati serta-merta. Sebelum upacara sembelihan diadakan, pastikan haiwan tersebut dibaringkan di sisi kirinya agar tukang sembelih dapat memegang pisau dengan tangan kanan dengan mudah. Ketika proses penyembelihan dijalankan, بِسْمَ اللهِ وَاللهُ أَكْبَر hendaklah dibaca.

Upah kepada tukang sembelih daging korban

Upah kepada tukang sembelih daging korban hendaklah dalam bentuk harta sendiri, bukan daging korban tersebut. Memberi daging korban sebagai upah adalah bertentangan dengan syarak dan perlulah dielakkan.

Kesimpulannya, Hari Raya Haji bukanlah sekadar raya tahunan yang kita sambut setiap tahun. Akan tetapi ia mengingatkan kita kepada peristiwa dan pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. Bagi umat Islam yang berkemampuan, ibadah korban haruslah dilaksanakan dengan hari yang terbuka. Kongsikan hasil korban tersebut dengan mereka yang memerlukan.

Anda suka artikel di atas? Kalau suka, ada banyak lagi artikel menarik dan berguna di sini. Kalau nak tengok tote beg yang berkualiti dan pelbagai guna, boleh ke www.madre.my. Lagi senang, Whatsapp sahaja kami untuk dapat respon terpantas.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *