Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Rebutlah Peluang Keistimewaan Pada Hari Arafah

Rebutlah peluang merasai kelebihan Hari Arafah ketika masih bernafas di muka bumi ini..

Memasuki bulan Zulhijjah bermakna bermulanya musim haji. Namun, disebabkan pandemik yang berlaku di seluruh dunia, Kerajaan Arab Saudi hanya membenarkan ibadah haji hanya dijalankan bagi warganegara dan penduduk di negara tersebut. Nampaknya, situasi yang berlaku juga menyebabkan ramai yang belum berpeluang untuk menjejakkan kaki ke rumah Allah s.w.t.

Apa-apa pun, sama-sama kita berdoa dan meraikan hari istimewa umat Islam seperti Hari Arafah dan Hari Aidiladha. Umat Islam yang tidak mengerjakan Haji disunatkan berpuasa. Mengikut sumber Mufti Wilayah Persekutuan, terdapat pelbagai kelebihan bulan Zulhijjah kepada umat Islam, terutamanya pada 10 hari terawal bulan ini. Antaranya:

Hapus Dosa Setahun Sebelum & Selepas

Mengikut Daripada Abi Qatadah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda apabila ditanya tentang puasa pada hari Arafah:

Maksudnya: “Puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang”. [Riwayat Muslim (1977)]

Doa Paling Mustajab

Ambil kesempatan untuk menadah tangan memohon doa kerana hari wukuf adalah waktu berdoa paling mustajab dan yang paling dekat untuk dimakbulkan. Ini diriwayatkan dalam beberapa hadis sahih, antaranya:

Daripada Abdullah bin Amr, bahawa Nabi s.a.w bersabda:

“Sebaik-baik doa adalah di Hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah ‘Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.” [Hadis diriwayatkan oleh Al-Tarmizi].

Hari Raya Buat Umat Islam

Daripada Uqbah bin Amir RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Hari Arafah, hari Korban serta hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah) adalah hari raya kita orang Islam dan ia adalah hari makan dan minum”. [Riwayat Abu Daud (20660), Tirmizi (704) dan al-Nasa’ie (2954)]

Hari Keampunan & Pelepasan Api Neraka

Daripada AisyahRA, bahawa Nabi Saw bersabda,

Maksudnya: Tidak ada satu hari yang lebih banyak dibebaskan hambanya daripada api neraka melainkan pada hari Arafah”. [Riwayat Muslim (2402)]

Kesimpulannya, hari Arafah adalah satu hari yang istimewa sebagaimana bulan Zulhijjah juga. Oleh itu, kita sebagai umat Islam haruslah merebut peluang dan kesempatan ini agar kita tidak termasuk dalam kalangan orang-orang yang rugi. Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kita taufik dan hidayah dalam melaksanakan setiap amalan yang dilakukan.

Anda suka artikel di atas? Kalau suka, ada banyak lagi artikel menarik dan berguna di sini. Kalau nak tengok tote beg yang berkualiti dan pelbagai guna, boleh ke www.madre.my. Lagi senang, Whatsapp sahaja kami untuk dapat respon terpantas.

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *