Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

4 Tips Penting Untuk Bantu Anda Pilih Kasut Dengan Tepat

Kasut ni sebenarnya ‘mahkota‘ wanita, kalau dapat shopping kasut boleh hilang stress, best! Tapi yang tak bestnya bila asyik rasa buntu bila nak pilih kasut yang nak dibeli, mulalah emosi jadi tak betul, kaki pulak dapat sakit.

Bukan tu je, sekali emosi dah melencong, habis semua tak kena. Terbeli pulak kasut yang tak sepatutnya, tak selesa & tak sesuai dengan outfit yang sis dah plan nak pakai nak pergi dinner, kan? Tak mengapa, dalam post ni, saya akan kongsikan bagaimana sis boleh pilih kasut idaman dengan lebih tepat, tak perlu sampai migrain fikir.

#1 – Pastikan Kasut Betul-Betul Selesa

kasut selesa

Banyak kelebihan bila kita dapatkan kasut yang selesa buat kaki kita ni termasuklah kaki tak mudah rasa lenguh biarpun kasut tu kita pakai dalam jangka masa yang lama. Kebiasaanya kasut yang selesa mempunyai span dibahagian tapak atau menggunakan material jenis lembut yang mampu membuatkan kaki kita selesa & tidak melecet.

#2 – Pilih Material atau Fabrik Yang Bersesuaian

Kita perlu juga tahu material apa yang digunakan, adakah material itu sesuai dengan kulit kaki kita atau sesuai untuk dipadankan dengan outfit kita nanti. Kebiasannya material PU Leather sangat luas digunakan dalam industri fesyen kasut hari ini, begitu juga dengan Sued, Lace & Glitter. Ini memberi peluang kepada kita untuk dapatkan lebih banyak pilihan, senang nak padankan dengan outfit harian!

#3 – Jenis kasut Bertumit Tinggi atau Flat?

Ramai yang takut nak cuba kasut bertumit tinggi & ada yang lebih selesa untuk kekal dengan kasut jenis ‘flat’ atau rata. Sebenarnya kaki dan postur badan akan nampak lebih menarik dengan kasut yang bertumit tinggi, tapi tak perlu tinggi sangat kerana boleh memudaratkan kaki. 3 inci adalah ketinggian yang ‘just nice‘ untuk menambahkan lagi aura penampilan kita. Jika ragu-ragu dengan high heels, boleh cuba kasut jenis Wedges.

#4 – Pilih Kasut 2 dalam 1

Tapak Lembut

Bila cari kasut yang cantik, stylish, trending, lawa-lawa, pasti ramai yang terbayangkan kasut tu tak cantik, design biasa je, tak banyak pilihan warna. Kasut yang cantik sepatutnya selesa, itulah 2 dalam 1. Susah nak cari tapi sebenarnya itulah keperluan utama para wanita, dengan adanya koleksi dari Madre, terutamanya jenis wedges, memang selesa, stabil, sedap pakai dan mengikut citarasa semasa, itu paling penting.

Dalam post ni sis dah belajar 4 tips untuk pilih kasut dengan tepat supaya sis lebih berpuas hati dan tak stress bila nak pilih kasut baru nanti. Penting untuk sis pastikan salah satu tips diatas digunakan untuk memastikan sis tidak lagi menangis dibucu katil akibat dari tersalah beli kasut yang tak sesuai.

Antara testimoni pengguna Madre di Facebook Page : MadreCollection

Terima kasih kerana luangkan masa untuk baca tips dari Madre, jangan lupa share post ni untuk bantu lebih ramai sis kita yang mengalami masalah ini. Sis juga boleh sertai lebih 480,000 fans di Facebook & Subscribe di blog supaya sis tak tertinggal tips & artikel menarik tentang kasut wanita masa kini.

Anda suka artikel di atas? Kalau suka, ada banyak lagi artikel menarik dan berguna di sini. Kalau nak tengok tote beg yang berkualiti dan pelbagai guna, boleh ke www.madre.my. Lagi mudah, Whatsapp sahaja kami untuk dapat respon terpantas.

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *