Elak 4 Kasut Ini Untuk Keselesaan Semasa Bercuti

Cuti persekolahan sudah tiba, pasti ramai yang mengambil kesempatan ini untuk pergi bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan. Paling seronok, waktu inilah banyak tempat pelancongan seperti hotel dan resort yang menawarkan harga berpatutan untuk menarik pelancong ke tempat mereka.

Yang paling penting, setiap orang pasti mahukan percutian yang seronok dan selesa. Keselasaan bukan sahaja terletak pada pakaian yang kita pakai dan barang yang kita bawa, malah lebih daripada itu. Kasut yang dipakai ketika berjalan merupakan perkara yang paling penting dalam menjamin keselesaan semasa melancong. Oleh itu, pilihlah kasut yang sesuai dan dapat mengelakkan kecederaan pada kaki. Di sini saya akan kongsikan empat jenis kasut yang anda perlu elakkan ketika bercuti.

Selipar

Elak pakai selipar Jepun ketika bercuti kerana kurang sesuai dan tidak selesa. Walaupun selipar ini ringkas dan ringan, tetapi ia tidak mempunyai kusyen serta tidak dapat menyokong dan menyerap hentakan kaki. Anda boleh bawa selipar ini tetapi hadkan jarak pergerakan ke tempat-tempat yang dekat dan tidak pakai dalam masa yang terlalu lama. Sebaiknya, biasakan memakai kasut yang bertutup dan mempunyai kusyen untuk menyokong kaki ketika bercuti.

Kasut ballet atau flat

Walaupun kasut flat lebih selesa dipakai berbanding kasut tumit tinggi, ia juga tidak kurang kesan keburukannya pada kaki. Kasut flat seperti sandal gladiator dan ballet flat hanya menjarakkan kaki anda dengan tanah lebih dua sentimeter sahaja dan ia juga tidak memberi sokongan kepada lengkungan kaki. Pemakaian kasut flat yang berpanjangan juga boleh menyebabkan kesakitan dan kesan bengkak pada tumit kaki.

Kasut sukan

Kasut sukan bukanlah tidak selesa untuk dipakai bercuti, tetapi agak kurang sesuai kerana kasut sukan sememangnya dikhususkan untuk dipakai semasa bersukan sahaja. Ramai yang tidak sedar bahawa kasut sukan boleh memberi kesan kepada tumit, otot dan sendi jika dipakai terlalu lama.

Boot

Boot adalah amat tidak digalakkan untuk pakai bercuti. Kasut tersebut berat dan anda akan berasa kurang selesa kerana boot kekurangan kusyen untuk menyokong hentakan kaki anda. Di samping itu, ruang pengudaraannya juga menyukarkan kaki anda bernafas. Ketinggian kasut boot juga boleh membuatkan buku lali anda kurang bergerak dan menyebabkan ketidakselesaan.

Oleh itu, pilihlah kasut dengan baik supaya anda dapat menikmati percutian dengan sebaiknya. Boleh ikuti tips ini untuk baca bagaimana cara untuk memilih kasut. Anda boleh lawat www.madre.my untuk membeli kasut!

Terima kasih kerana sudi luangkan masa membaca entri blog ini. Saya hara panda semua dapat menikmati percutian yang menyeronokkan!

Leave a Reply