Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Kasut pengantin, mungkin untuk some bride, this is the last thing yang diorang akan fikirkan. But then for some bride, sebelum pilih baju pengantin lagi, dia dah ada kasut pengantin.
Kasut pengantin mungkin lah nampak kecik dan tak penting, tapi sebenarnya kasut ni pelengkap busana kita sis. So cuba bayangkan kalau baju pengantin tu ya Tuhan lawanyaaaaaaa, tapi tetiba kasut pengantin tak kena, off sangat! So sis, untuk hari terbaik sis tu, pilih elok-elok tau kasut pengantin tu?
Harini kita nak cakap sikit pasal kasut dari Madre yang memang jadi favourite oleh customers kita untuk dipakai pada hari bahagia mereka. So sis yang tengah mencari tu bolehlah tengok-tengok sekali.
Sis nak kasut pengantin yang nampak ekslusif ke? Okay then sis patut usha Lizzy X dari kami. Material glitter mesh yang cantik berkilat ditambah pulak dengan kulit Polyurethane ekslusif memang pelengkap kepada rekaan Lizzy X yang sangat cantik. Lizzy X nampak sangat urban dan sesuai sis nak pakai dengan outfit apa-apa pun, tapi untuk sis pakai dengan pakaian pengantin sis, lagilah akan nampak menawan.
Kena pulak sis pakai Lizzy X ni sebagai kasut pengantin dengan wedding dress dari Minimalace. Setiap yang hadir pasti takkan lepaskan peluang untuk pandang sis. Dengan footbed lembut dan heels yang sangat stabil, Lizzy X memang sesuai sangat untuk dijadikan kasut pengantin kalau sis nak nampak elegan dan pada masa yang sama taknak risaukan diri pasal benda remeh seperti sakit kaki atau tak selesa dengan kasut pada hari bahagia sis.
Rupa seindah nama. Itu je yang I boleh cakap pasal Tania sis. Wedges Tania adalah lambang kecantikan dan kesopanan dengan design yang sangat simple tapi cantik ditambah pula dengan lining putih untuk menambah seri pada kaki sis. Dengan TUJUH pilihan warna berbeza, I rasa mesti sis tak ada masalah nak padankan dengan baju pengantin sis tu.
Upper Tania dibuat dari kulit Polyurethane yang lembut manakala footbed Tania pula diinspirasikan dari material sport shoes yang lembut dan breathable untuk keselesaan sis. So tak adalah sis rasa annoyed sebab sakit kaki pada hari bahagia sis nanti. Cantik dan selesa, apa lagi yang tak cukup sis? I would really like to suggest that sis padankan Tania dengan baju pengantin dari D’yana dengan design yang simple and sopan untuk menyerlahkan lagi keayuan sis pada hari bahagia.
Untuk yang ketiga, I nak suggest something unique untuk sis kat luar sana pakai sebagai kasut pengantin di hari bahagia sis. Kasut ni direka dengan bahagian upper yang translucent untuk memberikan sentuhan unik kepada pemakai especially kalau sis pilih untuk pakai Tranz X ni sebagai kasut pengantin untuk lengkapkan busana sis.
Dibuat dari kulit Polyurethane yang berkualiti tinggi dengan soft-padded footbed yang memang akan memberikan keselesaan yang lebih untuk sis pakai lama-lama. Kenakan pulak kasut ni dengan wedding dress dari Leeyanarahman, sis memang akan nampak macam modern Cinderella! Mesti sis pun pernah angan-angan nak nampak macam princess favourite semua orang tu kan? So sis kena usha Tranz X ni kalau sis nak kasut pengantin yang lawa dan unik supaya sis akan stand out dari orang lain pada hari bahagia sis.
Kalau sis pilih nak pakai kasut tumit tinggi yang menawan dan menggoda pada hari bahagia sis, I suggest sis cuba usha heels Eldora dari koleksi kami. Eldora ada tiga colours yang cantik iaitu hitam, nude dan floral (kalau sis nak something different) untuk lengkapkan baju pengantin sis. Eldora direka dengan strap lebar dan juga ankle buckle strap untuk tonjolkan lagi kemewahan pada high heels ni.
Dibuat daripada kulit Polyurethane berkualiti tinggi dengan material suede dan footbed yang sangat selesa so sis tak payah risau sakit kaki walaupun pakai heels ni masa bersanding. Kalau sis pilih wedding dress dari Mmbasics memang sesuai lah sis kenakan Eldora ni sebagai pelengkap, busana pengantin sis akan nampak lebih mewah dan menawan. So apa kata sis usha Eldora ni dekat website kami tak pun datang je butik dengan wedding dress sekali untuk try Eldora ni sesuai ke tak.
So itu antara suggestions I untuk sis-sis kat luar sana yang tengah mencari kasut pengantin yang lawa dan selesa. So kalau sis rasa berkenan dengan mana-mana kasut pengantin tadi sis bolehlah visit website kami atau pun directly call us for further inquiry. Semoga sis jumpa kasut terbaik untuk hari terbahagia sis.
Anda suka artikel di atas? Kalau suka, ada banyak lagi artikel yang best dan berguna di sini. Untuk koleksi kasut yang empuk dan cantik, boleh ke www.madre.my. Terima kasih kerana terus kekal setia membaca dari awal ke penghujungnya. Lagi mudah, Whatsapp sahaja kami untuk dapat respon terpantas.
S.A.
Minta kasut nikah nude heel
Minta kasut nikah