Kenali 3 Jenis Kaki Supaya Tidak Tersalah Beli Kasut

Kaki pun ada banyak jenis? Biar betul?

Mesti ada dia antara anda semua yang pernah sakit kaki selepas berjalan, sampai terus beranggapan bahawa anda tersalah buat pilihan kasut. Dalam tak sedar, sebenarnya kasut yang dibeli itu tidak sesuai dengan bentuk kaki kita.

Tahu tak setiap manusia ni ada berlainan bentuk kaki yang berbeza-beza, sekaligus menjadikan pelbagai jenis kasut direka untuk memberi keselesaan kepada si pemakai. Jadi, seeloknya anda ambil tahu jenis kaki sendiri sebelum membeli kasut. Berdasarkan kajian yang dilakukan Foot Scientific, kaki manusia terbahagi kepada tiga jenis. 

1. Normal

Yang pertama sekali, bentuk kaki yang normal. Kebiasaannya, tapak kaki normal ini mempunyai lengkungan di antara ibu jari dengan tumit. Kebanyakan individu mempunyai jenis tapak kaki begini dan bentuk yang normal dapat membantu mengimbangkan pergerakan kerana buku lali dan tumit adalah selari.

Jangan risau, bentuk kaki normal boleh memakai apa jenis kasut sekalipun ya.

2. Tapak Flat (Pronation)

Bentuk kaki flat senang untuk dikenalpasti sebab tiada lengkungan antara ibu jari kaki dengan tumit kaki. Atau erti kata lain, tapak kaki yang rata di antara ibu kaki hingga tumit. Mereka yang mempunyai tapak kaki leper ini perlu berhati-hati memilih kasut yang bersesuaian kerana jika tersalah, ia boleh memberi kesan kepada bahagian buku lali. Ia juga boleh memberi kesan kepada bahagian tisu betis.

Bagi merawat masalah ini, penyokong lengkungan untuk kaki rata (Arch Supports For Flat Feet) perlu dipakai untuk menyokong tulang, sendi, dan otot yang membentuk lengkungan dan memberikan penyerapan kejutan yang mencukupi untuk keseluruhan tubuh badan. Ini akan membantu mengurangkan rasa sakit di kaki, buku lali, kaki, lutut, pinggul dan tulang belakang.

3. High arch (Cavovarus)

Ketiga, tapak kaki jenis high-arch. Jenis Cavovarus dilihat mempunyai lengkungan besar antara ibu jari hingga ke tumit. Kebiasaannya, tapak kaki seperti ini lebih ramai dalam kalangan ahli sukan terutama atlet pecut

Individu yang mempunyai bentuk kaki Cavovarus kerap berjalan ke arah dalam. Individu yang mempunyai bentuk tapak kaki ini perlu lebih bijak memilih kasut yang hendak dipakai kerana ia boleh memberi kesan sakit di bahagian tumit dan betis jika tersalah memilih. Jadi, kasut yang sesuai untuk jenis ini adalah jenis cushion atau fleksibel supaya kaki dapat berjalan dengan selesa.

Jom check dan lihat tapak kaki dan jenis jasut yang dipakai. Adakah bersesuaian atau tidak dengan tapak kaki kita. Terima kasih kerana terus kekal setia membaca dari awal ke penghujungnya. Anda suka artikel di atas? Kalau suka, ada banyak lagi artikel yang best dan berguna di sini. Untuk koleksi kasut yang empuk dan cantik, boleh ke www.madre.my.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *