Pernah tak anda rasa macam “Eh, kenapa kasut ni nampak cantik bila orang lain pakai, tapi bila saya cuba sendiri… lain pula jadinya?” …. Ramai wanita tak sedar bahawa pemilihan kasut yang tepat sebenarnya bergantung pada bentuk badan dan ketinggian kita, bukan semata-mata pada reka bentuk atau jenama.
Sebenarnya, kasut yang salah bukan saja boleh spoil kan gaya, tapi juga boleh buat kaki nampak lebih pendek, tubuh kelihatan berat di bahagian tertentu, atau keseluruhan penampilan jadi kurang seimbang. Ini antara sebab kenapa kadang-kadang kasut yang trending tak semestinya sesuai dengan semua orang.
Jangan risau, dalam blog ini kami akan kongsikan tip berguna dan praktikal untuk anda pilih kasut yang bukan saja selesa, tapi juga menyerlahkan penampilan ikut bentuk badan dan ketinggian anda.
Jenis Bentuk Badan & Cadangan Kasut
Memilih kasut bukan sekadar ikut trend, tetapi harus disesuaikan dengan bentuk badan agar penampilan lebih seimbang dan menyerlah. Berikut adalah cadangan kasut mengikut jenis bentuk badan:
1. Bentuk Pear (Pinggul Lebih Lebar)
Ciri-ciri: Pinggul atau peha lebih besar berbanding bahagian atas badan.
Cadangan Kasut:
Pilih kasut dengan rekaan menarik di bahagian atas (seperti buckle, riben, atau corak).
Ankle boots atau loafer dengan perincian juga membantu tarik perhatian ke bawah tanpa menambah ‘berat’ pada siluet.
Elakkan kasut yang terlalu kecil atau halus di hujung, kerana ia boleh buat bahagian bawah badan nampak lebih besar.
2. Bentuk Apple (Badan Atas Lebih Besar)
Ciri-ciri: Dada lebar, bahu luas, dan kurang lekuk pinggang.
Cadangan Kasut:
Pilih kasut bertumit dengan potongan ‘V’ di bahagian depan – ini beri ilusi kaki lebih panjang.
Peep-toe atau pointed toe heels bagus untuk panjangkan siluet dan seimbangkan tubuh atas.
Elakkan kasut terlalu bulky di bawah kerana ia boleh buat tubuh atas nampak lebih besar.
3. Bentuk Hourglass (Seimbang & Berlekuk)
Ciri-ciri: Bahu dan pinggul hampir sama lebar, pinggang yang jelas.
Cadangan Kasut:
Boleh bergaya dengan hampir semua jenis kasut!
Namun, elakkan kasut terlalu chunky atau ‘berat’ kerana ia boleh ganggu keseimbangan bentuk badan semula jadi.
Heels sederhana, kitten heels atau slingbacks sesuai untuk kekalkan kelembutan bentuk hourglass.
4. Petite / Kecil Molek
Ciri-ciri: Tubuh kecil, rendah dan biasanya kurus.
Cadangan Kasut:
Pilih kasut bertumit runcing (pointed toe) untuk beri ilusi kaki lebih panjang.
Warna nude atau seakan warna kulit bantu panjangkan siluet.
Elakkan kasut yang ada tali di buku lali kerana ia akan ‘memotong’ panjang kaki secara visual.
5. Tinggi & Kurus
Ciri-ciri: Bertubuh tinggi dan ramping.
Cadangan Kasut:
Boleh bergaya dengan kasut platform, tali silang (strappy heels/sandals) atau warna-warna berani.
Bold statement shoes sangat sesuai kerana bentuk tubuh anda boleh ‘bawa’ rekaan yang menonjol.
Elakkan kasut terlalu halus (seperti stilettos) yang boleh buat penampilan nampak kurang stabil.
Tip Pilih Kasut Mengikut Ketinggian
Selain bentuk badan, ketinggian juga memainkan peranan penting dalam pemilihan kasut yang sesuai. Pilih dengan bijak untuk pastikan penampilan anda kelihatan seimbang dan tidak ‘dipotong’ secara visual.
Jika Anda Bertubuh Tinggi
Cadangan:
Elakkan kasut bertumit terlalu tinggi seperti stiletto 5 inci — ia boleh nampak janggal dan tidak selesa dipakai untuk tempoh lama.
Lebih sesuai dengan loafers, kasut platform atau sandal bertumit sederhana – kekalkan gaya tanpa menambah terlalu banyak ketinggian.
Boleh berani mencuba kasut dengan warna atau corak menarik, kerana tubuh tinggi memberi lebih ruang untuk ekspresi gaya.
Jika Anda Bertubuh Rendah / Pendek
Cadangan:
Elakkan kasut bertali di buku lali – ia akan buat kaki kelihatan lebih pendek secara visual.
Pilih kasut dengan potongan V-shape di bahagian depan – ia bantu memanjangkan rupa kaki.
Warna nude atau warna senada dengan kulit sangat berkesan untuk beri ilusi kaki yang lebih panjang dan ramping.
Pointed toe heels atau wedges juga boleh bantu tambahkan ketinggian tanpa nampak terlalu berat.
Memilih kasut yang sesuai dengan bentuk badan dan ketinggian bukan saja buat anda nampak lebih bergaya, tapi juga lebih yakin setiap kali melangkah.
Untuk lebih banyak tip dan panduan berguna, jangan lupa ikuti kami di Madre Blog.
Dan jika anda sedang mencari kasut yang selesa dan sesuai dengan bentuk badan anda, Madre ada banyak pilihan menarik yang direka khas untuk wanita Malaysia.
Kunjungi kami di madre.my dan temui pasangan kasut yang paling sesuai dengan anda!