Tak Tahu Nak Buat Apa Hujung Minggu? Cuba 5 Aktiviti Indoor Ni!

Sabtu dan Ahad datang lagi! Tapi ramai antara kita, bila hujung minggu je, aktiviti utama hanyalah… tidur. Bangun lambat, baring, skrol telefon, lepas tu tidur balik. Bukan sebab penat sangat pun cuma tak tahu nak buat apa.

Sebenarnya, banyak je aktiviti menarik yang boleh dibuat walaupun duduk dalam rumah. Aktiviti yang bukan saja isi masa lapang, tapi juga buatkan hari anda rasa lebih produktif dan menyeronokkan.

Kalau anda selalu rasa hujung minggu ‘terbuang’ begitu saja, ikuti blog ini dan baca sampai habis kami kongsikan 5 aktiviti indoor yang boleh anda buat sendiri, tanpa perlu keluar rumah pun!

DIY Projek Kreatif 

Daripada habiskan masa dengan skrol telefon tanpa hala tuju, apa kata cuba projek DIY yang mudah dan menyeronokkan? Ia bukan saja isi masa lapang, tapi juga bantu kurangkan stres dan aktifkan sisi kreatif anda.

Beberapa idea yang anda boleh mula hari ini:

  • Buat lilin aromaterapi – pilih bau kegemaran seperti lavender atau vanila, dan cipta suasana tenang di rumah.
  • Kraf dari barang terpakai – ubah botol kosong, tin atau kotak terbiar jadi hiasan unik.
  • Deko sudut bilik – susun semula ruang kerja, buat ‘photo wall’ dari gambar lama, atau cipta papan motivasi.

Yang bestnya, projek DIY ni tak perlukan bajet besar. Cuma semangat nak cuba! Dan siapa tahu dari hobi suka-suka, mungkin jadi pendapatan sampingan nanti.

Tip: Cari idea di Pinterest atau TikTok, dan mula dengan projek kecil dulu. Yang penting: enjoy the process.

Masak Resipi Baru 

Siapa kata duduk rumah tak boleh ‘travel’? Dengan resipi yang betul, anda boleh rasa makanan dari seluruh dunia dari dapur sendiri! Hujung minggu adalah masa terbaik untuk cuba menu baru, terutama yang selalu anda ‘save’ tapi tak pernah buat.

Cadangan resipi yang mudah dan menarik:

  • Makanan viral TikTok – contohnya garlic butter rice, croissant gulung, atau minuman dalgona yang naik balik trend.
  • Kuih tradisional – cuba buat kuih ketayap, apam balik, atau seri muka. Nostalgia pun datang sekali!
  • Hidangan sihat & cepat – salad wrap, overnight oats, atau smoothie bowl. Sesuai untuk permulaan gaya hidup sihat.

Aktiviti memasak ni bukan sahaja mengisi masa, ia juga satu bentuk terapi. Bunyi tumisan, bau wangi masakan, dan akhirnya… hasil yang boleh terus dinikmati!

Tip: Ajak ahli rumah atau pasangan masak sekali boleh jadi bonding time yang best. Dan jangan lupa snap gambar hasil masakan, post di media sosial. Mana tahu ramai minta resipi lepas tu!

Susun Atur & Declutter Rumah 

Pernah rasa tak tenang walaupun tak tahu kenapa? Mungkin sebab ruang sekeliling anda penuh dengan “clutter” – barang berselerak, susunan tak teratur, atau ruang yang dah lama tak disentuh. Hujung minggu ni, ambil peluang untuk kemas dan susun semula rumah. Bukan untuk orang lain, tapi untuk ketenangan diri sendiri.

Antara yang anda boleh mulakan:

  • Kemas almari pakaian – asingkan baju yang dah tak pakai. Simpan, dermakan, atau jual secara preloved.
  • Susun semula rak dapur, buku atau meja kerja – guna bakul simpanan, label comel, dan atur ikut kategori.
  • Segarkan sudut rumah – tukar posisi pasu bunga, lap cermin, atau tambahkan sedikit sentuhan dekorasi.

Bila ruang lebih teratur, anda akan rasa lebih ringan, fokus pun jadi lebih baik. Declutter bukan sekadar kemas fizikal, ia juga ‘kemas’ minda dan emosi.

Tip: Pilih satu kawasan kecil dulu. Contoh, satu laci atau satu bahagian almari. Jangan cuba buat semua sekali gus. Perlahan-lahan tapi konsisten.

Baca Buku atau Dengar Audiobook

Kadang-kadang, apa yang kita perlukan hanyalah melarikan diri ke dunia lain bukan dengan bercuti mahal, tapi dengan baca buku. Atau kalau tak larat nak baca, audiobook pun boleh jadi teman paling best sambil baring santai atau lipat kain.

Pilihan bahan bacaan atau dengar yang boleh anda cuba:

  • Motivasi & pembangunan diri – buku seperti Atomic Habits atau The Subtle Art of Not Giving a F*** boleh buka minda.
  • Fiksyen seram, romantik atau thriller – lari sekejap dari dunia realiti, tenggelam dalam kisah menarik.
  • Biografi atau kisah inspirasi – belajar dari pengalaman orang berjaya, dapat semangat baru untuk minggu depan.

Yang penting, pilih bahan yang sesuai dengan mood anda. Tak perlu baca 100 muka surat sehari yang penting, nikmati setiap halaman atau bab yang anda lalui.

Tip: Sediakan sudut bacaan yang selesa seperti bantal, selimut, dan pencahayaan lembut. Kalau audiobook, guna fon telinga dan tutup mata… macam sesi penceritaan peribadi.

Buat Senaman Ringan atau Yoga

Walaupun tak ke gim atau keluar jogging, anda masih boleh kekal aktif dari rumah. Hujung minggu bukan alasan untuk jadi ‘lembik’ sepanjang hari. Luangkan sekurang-kurangnya 15-30 minit untuk gerakkan badan. Anda akan rasa beza lepas tu!

Senaman yang mudah dan sesuai untuk dalam rumah:

  • Senaman ringan atau regangan pagi – bantu longgarkan otot dan segarkan badan.
  • Ikut video YouTube – ada banyak pilihan seperti zumba, HIIT, pilates atau yoga, ikut tahap tenaga anda.
  • Meditasi atau pernafasan dalam – kalau tak nak berpeluh pun tak apa, cukup untuk tenangkan fikiran dan turunkan stres.

Kita selalu jaga bateri telefon supaya tak ‘low’, tapi lupa nak cas semula tenaga badan sendiri. Bila anda aktif, bukan saja fizikal lebih sihat, mood pun automatik naik!

Tip: Pasang lagu yang anda suka semasa bersenam, dan jangan fokus sangat pada ‘perfect form’. Yang penting, anda bergerak dan rasa seronok melakukannya.

Jadi, lepas ni tak ada lagi alasan “bosanlah duduk rumah” bila tiba hujung minggu. Dengan aktiviti-aktiviti yang ringkas tapi bermanfaat ni, anda bukan saja dapat isi masa dengan lebih bermakna, tapi juga bantu diri jadi lebih tenang, kreatif dan bertenaga untuk hadapi minggu baru.

Ingat, hujung minggu bukan semata-mata untuk tidur atau tunggu Isnin datang. Ia peluang untuk jaga diri, rehat cara sihat dan buat benda yang anda suka.

Kalau anda suka artikel macam ni dan nak lebih banyak idea menarik, jangan lupa untuk ikuti blog kami. Banyak lagi tips, inspirasi dan aktiviti seronok yang bakal kami kongsikan untuk bantu anda jalani hari-hari dengan lebih bermakna.

BACA : Tak Bertenaga dan Asyik Mengantuk? Cuba Tips Ini !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *