Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

3 Amalan Yang Boleh Dilakukan Ketika Maulidur Rasul

Sama-sama kita menghayati perjuangan Nabi Muhammad S.A.W yang penuh dengan pengorbanan demi menegakkan agama Islam di bumi Allah SWT.

Sambutan Maulidur Rasul adalah sambutan yang diadakan sempena hari kelahiran baginda Rasulullah SAW. Sambutan ini bertujuan untuk melahirkan rasa cinta dan sayang kepada junjungan Nabi Muhammad SAW dan disambut umat Islam setiap 12 Rabiul Awal tahun hijrah.

Di Malaysia, sambutan Maulidur Rasul merupakan antara amalan yang lazim diraikan sebagai salah satu usaha untuk mendidik dan mengingati Rasulullah SAW. Terdapat beberapa amalan yang boleh dilakukan sebagai tanda memperingati tarikh kelahiran Baginda.

1. Berselawat Kepada Junjungan Nabi Muhammad S.A.W

Yang pertama ialah berselawat. Berselawat kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w antara amalan yang digalakkan pada sambutan Maulidur Rasul. Menurut pandangan Syeikhul Islam Sayid Dahlan menyatakan bahawa selawat dan berdiri kerana membesarkan Nabi adalah amalan baik lagi mulia.

2. Berhimpun Di Masjid

Kedua, ialah perbuatan berhimpun di Masjid atau di Surau. Bukan sahaja dapat solat berjemaah, malah juga amalan berzanji yang dimaklumi mengandungi pujian tertinggi kepada Nabi Muhammad SAW dan diikuti dengan selawat kepada baginda tidak dapat dinafikan mengandungi banyak kebaikan di dalamnya.

3. Menghidupkan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W

Nabi Muhammad SAW meninggalkan dua klasifikasi sunnah untuk diikuti. Pertama adalah sunnah ‘jabaliyah’ ataupun sunnah di dalam perbuatan-perbuatan biasa seorang manusia.

Contohnya sunnah memakai celak, menyikat rambut, memakai wangian, menyimpan janggut, bersugi dan lain-lain. Mengikut pandangan Syeikh Abu Zahrah, sunnah-sunnah itu tidaklah memberikan pengamalnya pahala melainkan dihadirkan cinta kepada Nabi. Beliau menambah, sunnah-sunnah tersebut bukanlah keutamaan hidup seorang muslim.

Maka seorang muslim perlu berusaha memusatkan kehidupannya kepada sunnah-sunnah yang lebih besar yang difahami daripada arahan-arahan Rasulullah. Sebagai contoh dalam aspek rumah tangga beliau menekankan menjadi seorang ketua keluarga yang beriman, sabar, rajin dan menjadi seorang isteri yang solehah.

Perkara-perkara yang dinyatakan di atas adalah antara amalan yang boleh dilakukan ketika menyambut Maulidur Rasul. Sama-sama kita menghayati perjuangan Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan pengorbanan demi menegakkan agama Islam di bumi Allah SWT.

Terima kasih kerana terus kekal setia membaca dari awal ke penghujungnya. Anda suka artikel di atas? Kalau suka, ada banyak lagi artikel yang best dan berguna di sini. Untuk koleksi kasut wanita yang cantik, boleh ke www.madre.my.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *