Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

3 Peranan Ibubapa Dalam Memupuk Semangat Patriotik Anak-Anak

“Tanggal tiga puluh satu, bulan lapan lima puluh tujuh.”

Lagu yang membuatkan Kakpin teringat zaman sekolah dulu, waktu semangat membara mengibarkan bendara dengan penuh rasa bangga. Kakpin pasti ramai yang terkenangkan rasa yang sama, kan?

Bulan Ogos sememangnya bulan yang dinanti-nantikan, kita boleh lihat pelbagai bangunan, rumah menggibarkan Jalur Gemilang. Itu adalah salah satu tanda penghargaan kita terhadap tokoh-tokoh dan pahlawan yang telah berjuang, menumpahkan darah demi mendapatkan kemerdekaan yang sehingga kini dinikmati oleh kita, rakyat Malaysia.

Teringat semasa zaman sekolah dulu, satu sekolah serta bilik darjah dihias. Ada pertandingan antara pelajar seperti penyampaian sajak dan syair, nyanyian lagu patriotik, mewarna, koir dan kostum kemerdekaan. Terasa rindu bila teringat kan?

Jadi sebagai Ibu bapa pada era kemodenan ini, apakah peranan kita untuk memupuk semangat patriotisme anak-anak terhadap negara? Tambahan dengan dunia teknologi harini, kita dapat lihat kurangnya semangat ini dipupuk disebabkan adanya gadget sebagai ‘teman baik’ anak-anak kita.

Jom kita belajar sama-sama beberapa cara untuk memupuk semangat patriotisme anak-anak terhadap negara tercinta, Malaysia.

1. Sering bercerita tentang sejarah negara

  • Pendekatan mudah dengan anak-anak adalah melalui penceritaan, seperti kita menceritakan tentang kisah-kisah Nabi, sama juga kita bercerita tentang sejarah negara ataupun tokoh-tokoh yang terkenal. Dengan ini, mereka akan jadi lebih bersemangat dan ingin mendalami kisah sejarah Malaysia.

2. Bawa anak-anak ke tempat bersejarah.

  • Negara kita penuh dengan tempat bersejarah, antara tempat yang boleh dilawati di Ibu kota Kalau Tugu Pahlawan, Dataran Merdeka, muzium dan sebagainya. Anak-anak semestinya sangat teruja melihat bangunan yang tersergam indah serta pakaian dan barangan antik.

3. Tonton filem patriotik

  • Industri tanah air kita telah banyak mengadaptasi kisah benar dan sejarah Malaysia ke filem seperti Bukit Kepong, Paloh, Leftenan Adnan, Tanda Putera, 1957: Hati Malaya, Embun dan sebagainya. Filem-filem patriotik memberikan gambaran yang jelas untuk anak-anak tentang sejarah Malaysia dan galakkan mereka untuk menghayati jalan cerita. Bukan itu sahaja, Ibu bapa perlu selitkan nilai dan pengajaran cerita tersebut.

Anda suka artikel di atas? Kalau suka, ada banyak lagi artikel menarik dan berguna di sini. Kalau nak tengok tote beg yang berkualiti dan pelbagai guna, boleh ke www.madre.my. Lagi senang, Whatsapp sahaja kami untuk dapat respon terpantas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *