Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Asalamualaikum dan hi semua!
Semoga semua dalam keadaan yang sihat dan walafiat.
Mungkin ada dalam golongan kita yang tiada kampung halaman dan teringin untuk merasai suasana kampung. Ataupun ingin bercuti tapi lebih memilih untuk pergi ke tempat yang tidak sesak dan padat.
Jadi kali ini pihak Madre nak buat sedikit perkongsian mengenai tempat-tempat yang menarik di Kuala Selangor.
Sebelum itu, Kakpin nak cerita sikit mengenai Kuala Selangor. Tahukah anda Kuala Selangor merupakan Ibu negeri semasa zaman kesultanan Selangor pada zaman dahulu. Lokasinya tidak terlalu jauh terutamanya bagi mereka yang menetap di Ibu kota ataupun Shah Alam.
Antara pekan-pekan yang terkenal di Kuala Selangor adalah Tanjong Karang, Sekinchan, Ijok, Jeram, Kampong Kuantan dan lain-lain. Jom kita kenali antara 3 tempat yang menarik di Kuala Selangor! 🥰
Sekinchan amat terkenal dengan pemandangannya yang indah, siapa kata di Selangor tiada sawah padi?
Di Sekinchan dan sekitar Kuala Selangor, terdapat hotel-hotel yang menarik, yang berkonsepkan kontena seperti The Kabin, Padi Box & Farm Ville. Selain konsep hotel yang menarik, permandangannya amatlah menakjubkan kerana berdepan dengan sawah padi.
Jadi untuk sesiapa yang ingin merasai suasana kampung, boleh lah menginap di hotel-hotel berikut. Selain itu, terdapat pelbagai kemudahan dan aktiviti yang boleh dilakukukan di hotel dan kawasan yang berdekatan seperti berbasikal, ada juga hotel yang menyediakan kolam renang untuk para pengunjung dan sebagainya.
Teringat dulu masa perkhemahan zaman sekolah, cikgu bawa tengok kelip-kelip!
Kuala Selangor ini memang terkenal dengan tarikan kelip-kelip ni, sesuai untuk anak-anak yang tengah membesar, boleh ajar mereka tentang keindahan alam di negara kita!
Haa yang ini mesti ramai yang dah biasa dengar kan?
Dahulunya, Bukit Melawati ini ditakluki oleh Belanda dari Sultan Ibrahim, namun setahun kemudian menghalau Belanda semula dalam tempoh satu malam sahaja.
Bukit Melawati ini juga merupakan tumpuan para Ibu bapa yang membawa anak-anak mereka berkunjung. Selain mengajar anak tentang sejarah negara, mereka juga dapat melihat lotong atau monyet yang berkeliaran disitu.
TAPI jangan risau, monyet itu tak kacau orang!
Okaylah itu sahaja perkongsian dari Kak Pin kali ini, jangan lupa share dan comment gambar dibawah kalau anda pernah ke Kuala Selangor!
Anda suka artikel di atas? Kalau suka, ada banyak lagi artikel menarik dan berguna di sini. Kalau nak tengok tote beg yang berkualiti dan pelbagai guna, boleh ke www.madre.my. Lagi senang, Whatsapp sahaja kami untuk dapat respon terpantas.