Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Untuk perkongsian hari ini, saya akan kongsikan makanan yang sesuai untuk dibawa berkelah. Memandangkan ramai yang sudah mula berkelah di taman-taman, sungai dan pulau, sosok ibulah yang akan paling bimbang untuk memikirkan makanan apa yang mahu dibawa bersama untuk berkelah. Jadi, ada beberapa makanan yang mudah untuk disediakan dan sesuai untuk dibawa berkelah.
Sandwic
Makanan pertama yang mudah untuk disediakan dan padan untuk berkelah ialah sandwic. Sandwic sudah lazim untuk dibawa pergi berkelah. Ini kerana, ianya mudah untuk dibungkus. Selain itu, ianya juga terkandung karbohidrat, protein dan sayur-sayuran. Jadi, ibu-ibu tidak perlu untuk menyediakan terlalu banyak jenis makanan semasa berkelah. Inti bagi sandwic tersebut boleh terdiri daripada telur, tuna, ayam, salad, tomato, timun dan keju.
Kimbap
Kimbap merupakan makanan yang berasal daripada Korea. Kimbap adalah nasi dan rumpai laut yang digulung bersama isi ketam, telur, kek ikan, lobak merah, bayam dan jeruk (pickled radish). Ianya sering dibawa semasa berkelah kerana konsepnya sama seperti sandwic cuma kimbap terdiri daripada nasi. Selain daripada isi-isi itu, ibu-ibu juga boleh menggantikan isi kimbap dengan tuna dan mayones. Bagi anak-anak yang tidak makan sayur, ibu-ibu boleh sahaja letakkan isi ketam, telur dan kek ikan sebagai isi dalam kimbap tersebut.
Nasi Goreng
Nasi goreng juga antara makanan yang mudah untuk dibawa pergi berkelah. Nasi goreng tidak memerlukan persediaan yang terlalu banyak. Ibu-ibu boleh juga gandingkan nasi goreng dengan telur goreng. Jika tidak mahu menyediakan telur goreng, boleh sahaja campurkan dalam nasi goreng. Pelbagai jenis nasi goreng yang boleh dimasak oleh ibu-ibu. Antaranya ialah nasi goreng cili api, nasi goreng cina, nasi goreng ayam dan lain-lain lagi.
Dips
Jika ahli keluarga jenis yang tidak terlalu minat makan nasi, ibu-ibu boleh cuba untuk membawa dips semasa berkelah. Dips terdiri daripada cip tortilla dan dicicah dengan sos salsa. Selain daripada sos salsa, ianya boleh dimakan dengan hummus, daging berkeju dan lain-lain. Jika tidak mahu gunakan cip tortilla, boleh juga gunakan biskut “Ritz” untuk dimakan bersama tuna yang dicampur dengan mayones. Dips sesuai untuk keluarga yang tidak mahu membawa menu berat semasa berkelah.
Ibu-ibu yang pening nak fikir bawa makanan apa untuk berkelah hujung minggu ini tidak perlu risau lagi kerana makanan di atas boleh menjadi salah satu pilihan makanan yang boleh dibawa. Itu sahaja untuk perkongsian kali ini. Jangan lupa subscribe madreshoes untuk peroleh tips atau perkongsian yang lebih menarik lagi akan datang.
Anda suka artikel di atas? Kalau suka, ada banyak lagi artikel menarik dan berguna di sini. Kalau nak tengok tote beg yang berkualiti dan pelbagai guna, boleh ke www.madre.my. Lagi senang, Whatsapp sahaja kami untuk dapat respon terpantas.