Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Bila dah diberi peluang suruh duduk rumah, mula-mula memang lah seronok tapi bila dah lama tu sampai tahap tak tahu nak buat aktiviti apa dah. Bila bosan, kadang-kadang tu memang tak proaktif langsung bila duduk rumah.
Walaupun duduk rumah, sebenarnya banyak je aktiviti yang kita boleh lakukan sempena kempen #StayAtHome ni. Jom Kakpin senaraikan 5 aktiviti yang anda boleh lakukan di rumah :
#1 – Senaman
Siapa kata duduk rumah tak boleh senaman? Sebenarnya dekat rumah lagi selesa dan kita boleh senaman dengan seisi keluarga tau. Senaman ni tak semestinya kena berjogging atau berlari. Banyak jenis senaman yang kita boleh lakukan di rumah, seperti yoga, squat, skipping, push up, lompat bintang dan banyak lagi!
Jadi bila kita senaman, tak ada timbul rasa bosan dalam aktiviti seharian. Sis boleh set jadual setiap pagi dan petang. Baru lah kehidupan sis lebih proaktif!
Senaman bukan sahaja membantu meningkatkan kecerdasan diri, malah ia juga dapat meningkatkan stamina, emosi dan tahap kesihatan kita ke arah yang lebih baik. Kakpin faham, bila duduk rumah ni kita akan lebih cenderung untuk makan, tetapi harus diingat kesihatan adalah perkara utama!
#2 – Mencuba resipi baru
Haa ini adalah favourite untuk sis bila ada waktu lapang. Setuju tak? Kadang-kadang kita teringin nak ada masa yang panjang untuk kita praktikkan skill “chef” kita ni, tapi tak dapat sebab busy seharian bekerja. Haa masa ini lah sis nak tunjukkan bakat yang terpendam dengan mencuba resipi-resipi yang baru! 😍
Kakpin rasa sekarang lagi mudah sebab adanya Facebook, Youtube dan banyak lagi platform yang ajar kita resipi-resipi baru atau viral. Betul tak? Rasanya semua orang tengah hype buat coffee viral tu atau kita boleh kata “coffee corona” sebab ramai sangat yang ikut resipi tu 😅
Jadi, sis semua gunakan masa yang ada ni untuk kita cuba banyak lagi resipi baru. Mana tahu, lepas PKP ni kita boleh jual produk makanan kita secara online? Tak gituh haha
#3 – Mengemas rumah
Kemas rumah juga merupakan satu aktiviti yang baik dilakukan ketika berada di rumah. Jika sebelum ni, kita tak ada masa untuk fokus mengemas rumah, masa #StayAtHome ni lah kita berpeluang untuk fikir macam mana nak hias rumah kita untuk lebih cantik.
Masa ini jugaklah sis boleh gunakan perkhidmatan suami dan anak untuk membantu! Buat jadual harian mengemas rumah, dan make sure semua kena involved! Kakpin rasa, bila buat jadual macam tu lebih menarik dan tak ada lah timbul isu bosan dah hehe.
Mengemas rumah juga bukan sahaja satu aktiviti yang menarik, tetapi ia memupuk disiplin dan sifat kebersihan dalam diri kita. Tambahan pula, hikmah penyebaran covid-19 ni memberikan kita kesedaran terhadap betapa pentingnya menjaga kebersihan diri dan persekitaran.
#4 – Shopping online
Shopping online juga bagi Kakpin merupakan aktiviti bermanfaat. Sebab apa? Sebab sebagai wanita, kita mesti tak lari dengan nafsu untuk membeli. Betul tak? Bagi Kakpin, itu adalah naluri semula jadi dan shopping ni merupakan salah satu terapi yang baik untuk minda kita tau!
Tak ada lah kita duduk rumah stress je sampai tak boleh shopping langsung. Ada sesetangah wanita, shopping bagi mereka sebagai hobi, tapi kalau bagi Kakpin, shopping ni bergantung pada keadaan juga. Kalau ada Sale, lagi lah tinggi keinginan nak membeli tu! Hehe 😁
Since duduk rumah tak boleh keluar, kita boleh ‘window shopping’ di website atau mana-mana social media. Aktiviti ni memang best! Tak percaya? cuba sis try buka mana-mana website, rata-rata mesti ada Sale since kempen #StayAtHome ni. Macam Madre buat hari tu? Hehehe 😘😘
#5 – Sertai “contest” – #MadreHomeChallenge
Sis pernah terfikir tak walaupun kita duduk di rumah, tapi kita masih boleh dapat hadiah? Sertai contest pun boleh dijadikan aktiviti yang bermanfaat tau. Kalau Kakpin, memang join lah sebab masa ini lah kita nak tunjukkan bakat kita dan masa ini lah kita nak dapat hadiah, daripada duduk rumah bosan tak tahu nak buat apa. Betul tak?
Tambah pula, ramai yang semakin kreatif bila duduk rumah dalam jangka masa panjang ni hehe. Jadi, apa kata sis semua join #MadreHomeChallenge sebab Kakpin dengar Madre nak bagi kasut percuma Vienna dan Sansa kepada 2 pemenang bertuah! Haaa menarik tu 😍
Kesimpulannya, sebenarnya memang banyak aktiviti menarik yang sis boleh lakukan ketika berada di rumah. Buang tanggapan negatif seperti duduk lama di rumah tu akan bosan dan sebagainya. Masa ini lah sis nak luangkan masa lebih dengan keluarga tersayang. Masa ini juga lah peluang sis untuk berehat setelah penat bekerja.
Bayangkan, dalam masa singkat ni sis boleh buat banyak aktiviti bermanfaat dengan keluarga jika sis gunakan peluang ini dengan sebaiknya. Hehe kan Kakpin dah bebel panjang hahah. Kepada yang masih berdegil keluar rumah tu, Kakpin tak tahu nak cakap macam mana dah, cuma Kakpin salute dengan semua frontliners, kerana anda lah wira kami! Kakpin doakan semoga kes covid-19 ini akan berakhir dan kita semua dapat jalani kehidupan seperti biasa. Aminn 😀
Anda suka artikel di atas? Kalau suka, ada banyak lagi artikel menarik dan berguna di sini. Kalau nak tengok tote beg yang berkualiti dan pelbagai guna, boleh ke www.madre.my. Lagi mudah, Whatsapp sahaja kami untuk dapat respon terpantas.