Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Buat yang masih berlum tahu, Oktober merupakan Bulan Kesedaran Kanser Payudara seluruh dunia. Golongan wanita diseru supaya lebih berpengetahuan mengenai penyakit kanser payudara INI.
Di Malaysia, kanser payudara antara penyakit paling digeruni dan menjadi penyebab utama kematian dalam kalangan wanita. Sekiranya tidak dikesan dan dirawat dengan segera, sel kanser itu boleh merebak dengan pantas ke bahagian lain dalam tubuh seperti limpa, tulang, paru-paru dan hati.
Jom ikuti langkah pengesanan awal kanser payudara.
PSP ialah pemeriksaan sendiri payudara mengikut langkah tertentu. Ada 5 cara aitu:
Langkah 1: Berdiri di hadapan cermin dan lihat sebarang perubahan pada payudara.
Langkah 2: Rasa sebarang perubahan secara berbaring.
Langkah 3: Periksa puting untuk sebarang perdarahan atau lelehan.
Langkah 4: Rasa sebarang ketulan di bawah ketiak.
Langkah 5: Ulang setiap langkah di atas untuk payudara sebelah lagi.
Sekiranya terdapat sebarang tanda seperti yang dinyatakan sebelum ini, sila rujuk doktor di klinik atau hospital berdekatan. Jangan takut, tidak semua ketumbuhan di payudara adalah kanser.
Kedua ialah pemeriksaan di klinik. Pemeriksaan Klinik Payudara atau PKP ialah pemeriksaan yang dilakukan oleh doktor untuk memeriksa payudara. Wanita dinasihatkan untuk menjalani pemeriksaan klinikal payudara oleh anggota kesihatan terlatih setiap tahun.
‘Mammogram’ adalah salah satu ujian yang dijalankan untuk mengesan perubahan pada tisu payudara dengan menggunakan mesin x-ray yang direka khas. Ia dilakukan dengan menekan payudara di antara dua kepingan logam.
Keempat ialah Ultrasound. Ultrasound payudara dijalankan untuk wanita yang berumur kurang dari 40 tahun untuk mengesan kanser payudara.
MRI pula digunakan untuk wanita yang berisiko tinggi mendapat kanser payudara. Wanita yang berisiko tinggi mendapat kanser payudara perlu menjalani mammogram dan MRI bermula dari umur 30 tahun.
Sekiranya terdapat sebarang tanda-tanda, segeralah buat rawatan atau check-up di klinik dan hospital berdekatan anda. We fight against Cancer together.
Terima kasih kerana terus kekal setia membaca dari awal ke penghujungnya. Anda suka artikel di atas? Kalau suka, ada banyak lagi artikel menarik dan berguna di sini. Kalau nak tengok kasut pun boleh ke www.madre.my.Lagi senang, Whatsapp je kami.