Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

5 Cara Mudah Jadi ‘Morning Person’

Anda seorang morning person atau tidak?

Setiap orang mempunyai kitaran tidur dan bangun yang berbeza bagi setiap orang. Percaya atau tidak, kebanyakan daripada kita sangat susah untuk menjadi morning person. Bukan apa kadang kala berjaga sehingga lewat malam itulah yang membuatkan ramai rasa liat dan malas untuk bangun pagi. Tambah-tambah pula, hujung minggu mesti rasa nak berkepit dengan bantal busuk di katil.

Sebenarnya, waktu pagi merupakan waktu yang paling produktif untuk badan. Otak akan rasa segar dan tahap kepekaan menjadi lebih tinggi berbanding waktu lain. Ini dia, 5 tips untuk menjadi seorang ‘morning person’ yang boleh anda ikuti.

1. Ubah Waktu Tidur

Pertama sekali, cuba ubah waktu tidur anda. Tidur malam yang nyenyak penting untuk kesihatan Cuba tidur dari 20 minit hingga dua jam lebih awal setiap malam. Cuba untuk beberapa minggu dan lihat hasilnya.

2. Makan Makanan Tinggi Protein

Penting untuk anda mengambil makanan yang tinggi dengan protein untuk kekal cergas dan bertenaga bila sudah bangun pagi. Contohnya, produk tenusu, ayam, daging, tempe dan banyak lagi.

3. Pastikan Cahaya Matahari Tembus Dalam Bilik

Sebelum tidur, pastikan agar cahaya sinar matahari dapat masuk ke dalam bilik.

Living room with part of sofa in sunny day and white cushion interior background concept.

4. Senam Di Awal Pagi

Lakukan senaman awal pagi kerana bersenam di awal pagi boleh menurunkan tekanan darah, mengurangkan stress malah memudahkan tidur dengan lebih nyenyak pada waktu malam. Tak kiralah sama ada jogging, yoga atau berbasikal, cuba bersenam di luar rumah untuk dapatkan udara yang segar di awal pagi.

5. Be Consistent

Be consistent. Jangan terlalu kerap tidur hingga larut malam, Cuba 4 tips di atas dan biasakan diri untuk menjadi morning person. InshaAllah dengan fokus dan konsisten anda pasti boleh.

Ada bermacam-macam lagi cara untuk bantu anda menjadi seorang  morning person. Tapi apa-apa pun, dapatkan rehat yang cukup dan tidur yang berkualiti. Barulah senang dan mudah untuk bangun awal pagi serta badan boleh kekal cergas sepanjang hari.

Anda suka artikel di atas? Kalau suka, ada banyak lagi artikel menarik dan berguna di sini. Kalau nak tengok tote beg yang berkualiti dan pelbagai guna, boleh ke www.madre.my. Lagi senang, Whatsapp sahaja kami untuk dapat respon terpantas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *