Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Berbaki beberapa minggu sahaja lagi, Malaysia bakal menyambut Hari Kebangsaan yang ke-65. Seperti yang anda semua tahu, sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini bertemakan ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ bersesuaian dengan iltizam dan konsep keharmonian sebuah keluarga besar berteraskan keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.
Melaka juga telah dipilih menjadi tuan rumah bagi kemuncak sambutan kemerdekaan apabila ia menjadi lokasi sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini. Jadi, sempena bulan kemerdekaan ini, jom kita imbau semula sejarah Malaysia dan kemerdekaannya. Ada 5 Fakta menarik yang saya ingin kongsikan. Jom sama-sama hadam.
Pasti ramai yang tertanya-tanya apa nama sebenar Malaysia bukan? Malaysia sebenarnya bermula dengan nama Tanah Melayu yang merujuk kepada wilayah atau kepulauan di rantau ini. Namanya popular dalam kalangan pedagang-pedagang asing masa dulu sehinggakan nama Tanah Melayu dikenali dengan pelbagai nama seperti I-Tsing, Malaiur , Malaiyur , Ma- Li-Yu-R , Mailiur dan Malayo.
Wayang pertama yang ditayangkan di Malaya adalah pada tahun 1933 iaitu filem Laila Majnun. Filem ini dibintangi oleh M. Suki, Fatimah Jasmin, Syed Ali Mansoor Al Attas. Pada tahun 1962, filem bertajuk yang sama telah dibuat semula oleh Cathay Keris Production, Malaya. Ianya dibintangi oleh Nordin Ahmad dan Latifah Omar dengan arahan oleh B.N. Rao. Ada yang pernah tengok filem ini?
Yang ketiga, jumlah laungan ‘MERDEKA’. Tunku melaungkan Pengisytiharan “MERDEKA” sebanyak 7 kali sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama di hadapan 20 ribu rakyat, Persekutuan Tanah Melayu dan Raja-rajanya serta perwakilan dari 30 negara-negara Komanwel dan negara-negara asing lainnya.
Tujuan “Merdeka” dilaungkan 7 kali kerana 7 ialah angka suci bagi orang Islam dan bumi juga dikaitkan tujuh lapis begitu juga langit. Menarik bukan?
Landasan kereta api pertama dibina di Malaya adalah di antara Port Weld yang sekarang dikenali sebagai Kuala Sepetang ke Taiping, pada tahun 1885 dan ianya sepanjang 13.6km. Tujuan utama jalan kereta api itu dibina ialah untuk menghubungkan antara kawasan perlombongan di Larut dengan pelabuhan terdekat iaitu Port Weld.
Jalan keretapi itu juga telah menyenangkan perjalanan keluar masuk buruh dan pelombong ke tempat pekerjaan. Pembinaan landasan ini menjadikan stesen kereta api Taiping sebagai stesen kereta api pertama di negara ini.
Melaka digelar sebagai Bandar Melaka Bersejarah kerana mempunyai banyak peninggalan sejarah daripada penjajahan Portugis dan Belanda seperti:A’ Famosa – Kota A Famosa yang bermaksud “Yang Termashur” dalam bahasa Portugis telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. Siapa yang belum melawat Kota A Famosa memang rugi!
Terima kasih kerana terus kekal setia membaca dari awal ke penghujungnya. Anda suka artikel di atas? Kalau suka, ada banyak lagi artikel menarik dan berguna di sini. Kalau nak tengok tote beg yang berkualiti dan pelbagai guna, boleh ke www.madre.my. Lagi senang, Whatsapp sahaja kami untuk dapat respon terpantas.