5 Filem Patriotik Wajib Tonton Bulan Ini

Nombor 5 baru je tayang di pawagam

Zaman dulu-dulu, ketika nenek moyang kita menyebut serta melafazkan perkataan ‘MERDEKA’ dengan suara bergetar yang mempunyai rasa dalam jiwa kerana berasa sangat-sangat terharu, sangat gembira dan sangat bersyukur.

Kini bagaimana perasaan kita apabila perkataan merdeka ini disebut atau dilafazkan? Setidaknya, salah satu inisiatif untuk meniupkan semangat kemerdekaan dalam diri adalah dengan menonton filem patriotik tempatan. Saya percaya sedikit sebanyak akan menaikkan semangat cintakan negara dalam diri rakyat Malaysia.

Jom semak 5 filem tempatan wajib tonton yang pasti buat anda rasa bangga menjadi rakyat Malaysia.

1. Bukit Kepong

Bukit Kepong merupakan filem sejarah penting menceritakan perjuangan anggota polis mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong pada 1950 daripada serangan komunis. Diterbitkan pada 1981, karya hebat itu melibatkan 150 anggota polis dan menjadi filem kebanggan Polis Diraja Malaysia. Walaupun diserang pengganas komunis, anggota polis yang bertugas di balai itu tetap berjuang hingga ke titisan darah terakhir demi mempertahankan negara. 

Filem yang menelan belanja sejuta ringgit itu membabitkan babak letupan, tembak menembak juga aksi pertempuran yang berlaku dalam hutan. Filem ini juga sudah ditayangkan kembali di laman penstriman Netflix.

2. 1957 Hati Malaya

Diterbitkan pada tahun 2007 sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-50, filem hebat ini diarahkan oleh Datin Paduka Shuhaimi Baba. Berkisarkan mengenai golongan muda tempatan yang berusaha untuk menerbitkan sebuah buku bergambar yang bertajuk 1957-Hati Malaya, filem ini turut menyelitkan kisah benar mengenai perjuangan untuk mencapai kebebasan.

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut menyanyikan lagu tema filem ini iaitu Hati

3. Leftenan Adnan

Filem Leftenan Adnan yang diadaptasi daripada kisah benar Leftenan Adnan Saidi membawa penonton menyelami kisah seorang wira yang sanggup berkorban nyawa demi menyelamatkan tanah air tercinta sewaktu peperangan bersama tentera Jepun.

Lakonan Hairie Othman berjaya membuatkan penonton menyelami semangat juang seorang pahlawan negara demi tanah air tercinta.

4. Ola Bola

Walaupun filem ini bukan mengenai peperangan, tetapi filem Ola Bola ini memberi mesej perpaduan antara kaum berbilang bangsa di Malaysia. Ia menunjukkan semangat perpaduan kaum di Malaysia demi tanah air tercinta ketika pasukan bola sepak Malaysia bersaing untuk layak ke Olimpik Moscow pada tahun 1980.

Setiap pemain yang dilakonkan sebagai watak-watak utama dalam filem ini menggambarkan para pemain lagenda Malaysia iaitu Soh Chin Aun, Hassan Sani, R. Arumugam serta pengulas sukan tersohor di Malaysia, Rahim Razali.

5. Mat Kilau

Filem yang baru diterbitkan pada tahun ini sangat dekat di hati ramai rakyat Malaysia. Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan menjadi fenomena dan merekod jualan tiket lebih RM90 juta selepas sebulan ditayangkan di pawagam. Antara bait-bait dialog yang dilontarkan sangat sinis, tajam dan membawa maksud yang cukup mendalam. Antaranya

“Biarlah aku gugur mempertahankan hak daripada melihat tanahair aku dilapah penjajah” (Wahid)

“Salahkah bangsa kita sendiri kerana memberi ruang kepada mereka untuk jajah tanah kita ini” (Usup)

“Orang melayu mudah dibeli dan tidak bersatu” (Syers)

Melalui senarai filem yang dicadangkan ini, diharap ia akan dapat menyemarakkan perasaan cinta terhadap tanah air. Terima kasih kerana terus kekal setia membaca dari awal ke penghujungnya.

Anda suka artikel di atas? Kalau suka, ada banyak lagi artikel menarik dan berguna di sini. Kalau nak tengok tote beg yang berkualiti dan pelbagai guna, boleh ke www.madre.my. Lagi senang, Whatsapp sahaja kami untuk dapat respon terpantas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *