Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Hari Bapa atau Father’s Day adalah suatu sambutan di mana lelaki yang bergelar bapa, ayah, papa, daddy dan sebagainya diberi penghormatan dan penghargaan bagi mengingati jasa mereka yang banyak berkorban demi keluarga. Hari Bapa di Malaysia lazimnya disambut pada hari Ahad ketiga pada bulan Jun setiap tahun dan tahun ini jatuh pada 19 Jun 2022.
Memandangkan Hari Bapa semakin hampir, anda pasti sedang mencari hadiah untuk bapa anda, bukan? Di sini saya akan kongsikan lima idea hadiah yang anda boleh berikan kepada bapa anda.
Anda boleh hadiahkan set hadiah dalam kotak kepada bapa anda. Pelbagai barangan yang boleh dimasukkan ke dalam kotak tersebut. Boleh jadi set baju, set minyak wangi dan sebagainya. Lagi menarik anda boleh letak kad ucapan sekali.
Berbeza dengan wanita, tidak banyak aksesori yang boleh dipakai oleh lelaki. Maka jam tangan merupakan pelengkap gaya dan juga boleh menyerlahkan sisi elegan seorang lelaki. Hadiahkan jam tangan bapa anda pasti akan tampil bergaya.
Walaupun keychain ini murah sahaja, namun ia pasti dapat memberi senyuman kepada bapa anda dengan tulisan yang bermakna dan menunjukkan anda amat menghargai beliau.
Kalau dompet bapa anda sudah lusuh, dompet hadiah terbaik yang anda boleh beri. Dompet juga antara barang peribadi yang penting. Jadi tidak salah kalau anda tukar kepada yang baru dan lebih cantik.
Bagi memastikan rumah sentiasa segar, apa kata anda hadiahkan dehumidifier ini. Kesihatan bapa juga akan terjamin. Sekarang ini banyak servis dehumidifier yang ditawarkan dengan harga yang berpatutan. Tidak salah sekiranya jika kita berbelanja lebih sedikit demi orang tua.
Banyak lagi hadiah yang anda boleh berikan kepada bapa anda. Tidak kisahlah murah atau mahal, ia pasti berharga dan tidak ternilai. Lebih-lebih lagi jasa seorang bapa amat besar, tidak terbayar dengan wang ringgit. Oleh itu, hargailah bapa anda dan ucaplah terima kasih kepada beliau kerana telah membesarkan anda dengan baik.
Anda suka artikel di atas? Kalau suka, ada banyak lagi artikel menarik dan berguna di sini. Kalau nak tengok tote beg yang berkualiti dan pelbagai guna, boleh ke www.madre.my. Lagi senang, Whatsapp sahaja kami untuk dapat respon terpantas.