Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
“Buat duit poket macam mana Kakpin? Kan tak boleh keluar!”
Tanpa kita sedar dah masuk hari ke-21 kita ‘berkurung’ di rumah. Kalau yang tak biasa, akan cepat bosan dan ada yang sampai tahap depress!
Tambah pula ada yang kena cuti tanpa gaji. Komitmen pula banyak, nak kena bayar itu ini kan? Kakpin faham dan sebeb tu lah Kakpin nak share sikit macam mana anda boleh buat duit dari rumah sewaktu PKP ni.
Tapi Kakpin nak ingatkan dulu ya, jangan ambil nasihat ini bulat-bulat. Pilih ikut kemampuan masing-masing.
Tak cuba, tak tahu kan? Jadi daripada duduk saja, makan tidur kat rumah tu, lagi bermakna kalau boleh buat duit poket sikit kan? Silap haribulan, berterusan pendapatan anda dari idea-idea ni, amin!
Ini adalah 5 cara untuk sis jana pendapatan sepanjang PKP :
Pernah tak anda terfikir nak jual baju-baju yang tak pakai atau baru beli tapi tak sempat pakai? Cuba anda jenguk almari tu, agak-agak banyak tak baju yang masih elok? Kalau banyak, ya anda boleh jual semua tu secara pre-loved.
Tapi buat masa sekarang ni sis tak boleh keluar buka booth, jadi ini lah masanya untuk sis jual online! Bukan setakat sis dapat jual baju pre-loved, malah sis dapat penjimatan sebab tak perlu keluarkan duit sewa booth.
Sekarang ni banyak je platform yang sis boleh jual online. Contohnya Facebook, sis boleh buka page dan group, Instagram pun sama, sis boleh buat akaun dan terus jual di situ dan banyak lagi sebenarnya. Tambah pula, masa PKP ni semua orang akan pegang phone 24 jam. Kakpin sure lah, bisness pre-loved sis pasti tersangkut dalam 1 juta manusia dekat dunia ni. Gituh hahaha 😁
Kakpin rasa siapa yang jual makanan masa PKP ni adalah orang yang sangat penyabar. Yelah, sebenarnya besar cabaran nak berniaga makanan secara talian ni. Dapat pulak jenis customer yang nak cepat aje, mesti kita stress kan?
Tapi tak mengapa, Kakpin salute dengan peniaga makanan online. Yelah, masa ni lah nak tarik pelanggan kita. Semua orang duduk rumah, jadi mesti sentiasa lapar, bila lapar mesti cari makanan. Betul tak? 😉
Masa PKP ni sis jual lah apa sahaja makanan, termasuklah roti ke, Kakpin gerenti pasti laku! Kalau sis takut nak delivery, boleh cuba area rumah sis dulu. Buat penghantaran yang dekat-dekat sahaja tapi make sure macam mana pun kena patuh arahan kerajaan, amalkan social distancing ok!
Kakpin rasa bila PKP ni lebih mudah maklumat nk disebarkan. Paling senang sis broadcast je dekat Whatsapp, nanti mesti jiran tertangga akan forward ke group-group yang lain. Best kan? Jadi kepada sis yang belum try, apa kata try dulu berniaga makanan contoh macam ayam goreng ke, western ke, nasi ayam ke haaaa banyak tu Kakpin suggest! Hehe
Bila duduk rumah ni, apa lagi medium yang kita boleh guna untuk interaksi dengan audience? Haa sis boleh guna LIVE sama ada di Facebook atau Instagram. Masa ni lah sis nak jual baju pre-loved online ke, nak promote bisness ayam goreng sis ke, mask kain yang dijahit sendiri oleh sis ke, semua boleh!
Sis kena fikir, masa PKP ni tak kira waktu. Kalau dulu mungkin ye, waktu sesuai untuk LIVE pada waktu malam, tapi sepanjang PKP ni semua waktu ada je manusia yang segar sis! Hahaha 😁
Nak pulak kalau sis sejenis yang petah bercakap, mesti ramai yang suka tengok LIVE sis, silap-silap dorang suggest sis buatlah youtube channel, nanti dorang subscribe! Gitteww hahaha
Kepada penggemar menulis macam Kakpin ni, time ni masa sesuai untuk anda. Sis boleh cas untuk mana-mana bisnes online yang memerlukan perkhidmatan sis.
Perlu tahu, penulisan kita ni sebenarnya boleh mendatangkan duit tau! Bukan saja-saja menulis hehe
Sis boleh buat duit dengan menulis seperti ambil upah menulis blog, content untuk Facebook atau Instagram bisnes online, menulis ebook dan macam-macam lagi.
Tahukah sis, dengan menjadi sebahagian daripada dropship mana-mana produk, sis boleh tambah pendapatan. Paling best, tak perlu keluar rumah dan hanya fokus menjual di platform sosial media sahaja seperti Facebook, Instagram, Twitter dan banyak lagi.
Kalau sis nak tahu apa yang tengah trending, Kakpin rasa kalau sis jadi dropship produk makanan mesti untung sebab rakyat Malaysia suka makan tau sis! Termasuklah Kakpin ni haaa hahaha 😆
Jangan sia-siakan sosial media sis, gunakan untuk menjana pendapatan. Sis tak perlu risau nak buat bisnes dropship time PKP ni sebab kita sudah sedia maklum yang penghantaran pos berjalan seperti biasa ok! Yang penting, duit masuk sis 😍
Kesimpulannya, walaupun kita hanya duduk di rumah dan kita masih tak tahu sampai bila berakhir PKP ni, janganlah putus asa dalam mencari rezeki.
Sebenarnya banyak je lagi cara lain untuk kita jana pendapatan & buat duit walaupun hanya duduk di rumah. Jangan jadikan ini alasan untuk kita bermalas-malasan dan berserah tanpa berusaha, okay?
Kakpin sentiasa doakan agar semua pesakit Covid-19 sembuh sedia kala, doakan juga para petugas barisan hadapan negara, supaya mereka terus kuat. Kepada anda semua, jangan lah pula kesana-kesini, duduk dirumah, kita buat duit sama-sama!
Anda suka artikel di atas? Kalau suka, ada banyak lagi artikel menarik dan berguna di sini. Kalau nak tengok tote beg yang berkualiti dan pelbagai guna, boleh ke www.madre.my. Lagi mudah, Whatsapp sahaja kami untuk dapat respon terpantas.
Kakpin Aimi ada soalan nak tanya macam mana nak join yg #4 tu ehh