Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

port makan best

5 Port Makan BEST Dan NGAM Di Cyberjaya

Fuh, memang terliur bila tengok satu-satu.

Ada yang pernah sampai di Cyberjaya? Cyberjaya terletak bersebelahan dengan Putrajaya dan terkenal dengan gelarannya sebagai Silicon Valley Malaysia. Ini kerana banyak syarikat berasaskan teknologi beroperasi di sini. Walaupun Cyberjaya nampak seperti bandar yang tiada apa-apa melainkan pejabat, sebenarnya banyak tempat menarik di Cyberjaya. Kalau anda mencari port makan best dan sedap, kami cadangkan anda luangkan masa di Cyberjaya.

Jom kami kongsikan 5 port makan terbaik di Cyberjaya.

1. Lauk Kampung

Bagi yang memang gilakan makanan kampung atau rindu kampung halaman, anda boleh ke sini Restoran Lauk Kampung untuk memenuhi nafsu makan anda. Terdapat pelbagai lauk kampung minang, makanan kampung tradisional, makanan thai dan nasi goreng yang murah dan berbaloi-baloi. Sekali cuba, pasti nak lagi.

Alamat : Persiaran Multimedia, Cyber 11 Tamarind Square, Level 3, B-03-03, 63000 Cyberjaya, Selangor

Waktu Operasi : 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Instagram: laukkampung_official

2. Giggle and Geeks

Di Cyberjaya memang banyak lokasi tempat makan berkonsepkan western, namun bukan senang nak cari yang betul-betul memuaskan hati. Apa kata anda try makan di Giggles & Geeks.

Restoran ini tampil dengan konsep yang menarik dan sedap dipandang, selesa untuk dikunjungi dengan keluarga, kawan-kawan mahupun pasangan. Ruang makannya cukup luas dan sejuk dengan pendingin hawa. Makanan yang dihidang pun tak perlu cakap, best of the best.

Alamat : Ground Floor, Bio-X Centre, Persiaran Cyber Point Selatan, Cyber 8, 63000 Cyberjaya, Selangor

Waktu Operasi : 11.00 pagi hingga 10.00 malam

Instagram: gigglesandgeeksmy

3. Salam Noodle

Ini dia port makan yang ketiga. Tak perlu ke China untuk merasi kesedapan makanan mereka. Anda yang memang meminati Chinese food, boleh lah anda berkunjung ke Salam Noodle. Antara menu yang sentiasa menjadi sebutan dan pesanan para pelanggan yang ada di sini adalah Beef Soup Noodles, Sheep Bone Pot Set, Mutton Curry Gravy Noodles, Beef Dumplings, Mutton Roast Stick dan Braised Chicken Rice. Dengar menu sahaja dah terliur bukan?

Alamat : 4810-0-42, 2, Persiaran Flora, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor

Waktu Operasi : 11.00 pagi hingga 10.00 malam

Instagram: salamnoodles

4. Zam Ikan Bakar

Zam Ikan Bakar merupakan antara destinasi pilihan penduduk setempat untuk menikmati juadah makan tengah hari. Pelbagai menu terutama masakan kampung serta makanan laut disajikan buat pengunjung. Pasti anda rambang mata untuk membuat pilihan!

Anda wajib cuba gulai kawah, sotong bakar dan udang crispy. Walaupun nama kedai ikan bakar, tak semestinya ada ikan bakar sahaja. Makanan laut lain yang dibakar juga ada dan pasti dapat menambat selera anda.

Alamat : 4 LOT 4806-0-09 CBD PERDANA, 2, Jalan Perdana, 63000 Cyberjaya, Selangor

Waktu Operasi : 10.30 pagi hingga 4.00 petang

Instagram: zamikanbakarcyberjaya

5. Restoran Sanaa

Nak makan nasi arab? Apa kata cuba nasi arab paling sedap dan terbaik sekali di Cyberjaya di Sanaa Restaurant. Restoran Sana’a menyajikan semua hidangan timur tengah, yang disediakan sepenuhnya oleh chef profesional mereka dari daerah negara Arab,  terkenal dengan ayam mandy dan hummus mereka dan hidangan hidangan yang lain seperti mulawah bread yang memang sedap dimakan bersama hummus.

Alamat : 13-G Block B Neocyber Lingkaran Cyberpoint Barat, 63000 Cyberjaya, Selangor

Waktu Operasi : 11.00 pagi hingga 12.00 pagi

Facebook: Sanaa Restaurant

Macam mana, terliur tak tengok gambar-gambar di atas? Inilah dia 5 port makan best-best di Cyberjaya yang boleh anda lawati jika berkunjung ke sini. Terima kasih kerana terus kekal setia membaca dari awal ke penghujungnya.

Anda suka artikel di atas? Kalau suka, ada banyak lagi artikel yang best dan berguna di sini. Untuk koleksi kasut yang empuk dan cantik, boleh ke www.madre.my. Terima kasih kerana terus kekal setia membaca dari awal ke penghujungnya. Lagi mudah, Whatsapp sahaja kami untuk dapat respon terpantas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *