Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

5 Resipi Biskut Raya yang wajib dicuba!

Beberapa hari sahaja kita bakal menyambut Hari Kemenangan buat semua umat Islam, Hari Raya Aidilfitri! Pastinya, bila sebut saja tentang Raya mesti tak meriah tanpa kuih Raya, betul tak? Walaupun tahun ni kemungkinan kita tak dapat jumlah tetamu yang ramai, namun sambutan raya tetap harus meriah ok! Pastikan dalam rumah tu tak melebihi 20 orang hehe 

Tinggal 1 hari sahaja preparation sebelum Raya, comfirm sekarang ni mesti kaum ibu-ibu tengah busy siapkan kuih Raya, betul tak? 

Tapi, bagi saya Raya tu tak meriah tanpa 5 resipi Biskut Raya di bawah! 😁

Tart Nenas

Tart Nenas adalah antara Kuih Raya yang paling popular dan disukai ramai. Tart ini sangat sedap, gebu dan cair di mulut. Pasti berbaloi mencuba. Antara bahan yang diperlukan untuk menu ini ialah mentega, tepung gandum, gula, tepung jagung dan esen vanila. Mudah kan?

Kemudian sudah semestinya ada jem nenas untuk intinya. Tapi, jika anda semua inginkan kelainan, anda boleh meletakkan coklat, atau inti lain yang anda inginkan! Untuk sapuannya pula, anda hanya perlukan kuning telur, sedikit air dan pewarna kuning. Sediakan acuan, picit, masukkan inti dan gulung. Cukup ringkas

Cara cara untuk membuatnya ialah satukan semua bahan dan uli dengan menggunakan tangan sahaja. Masukkan dalam acuan dan picit. Letakkan inti dan gulung. Sapukan sedikit kuning telur. Susun dalam loyang dan bakar pada suhu 170C selama 25 minit. Dan siap!

Jom kita tengok contoh video di bawah!

Sumber : Youtube (@buatoranglapo)

Almond London

Sebut nama je pasti semua tahu, Almond London antara biskut yang wajib ada bila tiba Hari Raya! Rasanya jarang orang tak buat jadi pengisi balang biskut raya di atas meja tetamu kan. Hari raya je mesti ada Almond London. Rasa coklat yang sedap, ditambah pula dengan badam, memang jadikan biskut ni pilihan tetamu tak kira umur pun! 😁

Bahan-bahan asas untuk membuat kuih yang perlu ada ialah tepung gandum, tepung jagung, mentega, gula, telur dan esen vanilla.

Untuk isi kacang pula, anda boleh menggunakan badam biji. Untuk salutan, hanya perlukan coklat dan untuk ‘topping’, anda boleh menggunakan badam cincang.

Jom kita tengok cara pembuatannya! Sangat simple tau 😍

Sumber : Youtube (@buatoranglapo)

Cornflake Madu

Biskut Cornflakes Madu popular kerana kerangupannya dan tambah pula dengan manis-manis madu. Boleh dikatakan setiap rumah yang anda pergi, mesti ada biskut ni! Biskut ni bukan sahaja menarik perhatian kanak kanak, malah tapi orang dewasa juga suka makan biskut rangup dan manis ni. 

Bahan bahan yang diperlukan untuk membuat biskut ni juga sangat ringkas. Anda hanya guna empat bahan saja! Hanya mentega, gula perang (Brown sugar), madu dan cornflakes saja yang diperlukan untuk membuat biskut ini!

Jom tengok contoh buat cornflakes madu! Senang sangat 😍

Sumber : Youtube (@CheNom)

Kuih Kapit

Sedapnya makan kuih kapit kan. Rangup je. Tak berhenti tangan ambil satu demi satu tanpa kita sedar. Kuih ini asalnya tidak berinti. Namun pada zaman kini, ada yang menambah inti seperti inti coklat dan peanut butter. Sangat kreatif!

Antara bahan yang diperlukan untuk membuat kuih kapit ialah tepung gandum, gula pasir, santan, telur, garam dan minyak. Untuk membentuknya, anda perlu menggunakan acuan khas. Dan zaman sekarang sangat mudah! Anda boleh beli acuan Trio di shopee atau Lazada! Hehe

Sumber : Youtube (@iCookAsia)

Biskut Kacang

Biskut kacang merupakan salah satu juadah kegemaran yang dihidangkan ketika hari  raya! Dengan rasanya yang rangup di luar dan gebu di dalam, tak ramai yang boleh menolak godaan biskut ni tau!

Ia juga mudah disediakan dan hanya menggunakan beberapa bahan asas sahaja. Anda hanya perlukan tepung gandum, serbuk kacang tanah, gula halus, minyak jagung, garam dan kuning telur, untuk hiasan.

Sumber : Youtube (@SuriantiKitchen)

Selamat mencuba! 😘

Anda suka artikel di atas? Kalau suka, ada banyak lagi artikel menarik dan berguna di sini. Kalau nak tengok tote beg yang berkualiti dan pelbagai guna, boleh ke www.madre.my. Lagi senang, Whatsapp sahaja kami untuk dapat respon terpantas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *