5 Tempat Menarik Untuk Bawa Anak Bercuti!

Bulan 12 ni ada plan bercuti ke mana-mana tak?

Bulan Disember semestinya menjadi pilihan setiap keluarga untuk pergi bercuti. Mesti ada di antara anda yang sudah pastinya berhajat mahu meluangkan masa dan pergi bercuti. Jadi ini dia Madre kongsikan 5 tempat menarik yang wajib pergi anda sekeluarga. Jom teliti satu-persatu!

1. Legoland Hotel

Kalau nak bagi anak kecil rasa hotel unik dan power, Legoland Hotel di Johor Bahru salah satu tempatnya. Jangan risau, siap ada toiletries khas untuk kanak-kanak, katil bertingkat, dan set LEGO di setiap bilik. Best sangat ni!

Hotel ini bukan saja ada bilik-bilik bertema untuk buat anak seronok, tapi juga ada taman tema air atau Water Park dan juga Aquarium. Untuk pembelian tiket, klik sini.

2. Kidzania KL

Kedua ialah Kidzania yang bertempat di Petaling Jaya, Kuala Lumpur. Kidzania pula berfokuskan kepada tempat hiburan berilmiah bagi kanak-kanak. Ia melatih supaya anak-anak dapat gambaran sebenar apa yang mereka cita-citakan. 

Ada lebih 60 jenis aktiviti berasaskan pekerjaan yang boleh dilakukan oleh anak-anak.  Untuk pembelian tiket, boleh ke www.kidzania.com.my.

3. Petrosains

Petrosains merupakan tempat menarik wajib pergi kalau anda berada di KLCC. Petrosains sangat sesuai untuk anak anda yang berusia dari tadika hinggalah darjah enam. Orang dewasa pun boleh enjoy sekali. Muzium interaktif ini sangat luas. Si kecil boleh layan simulasi kereta Formula 1, masuk pelantar minyak ataupun main permainan berkonsep geo-sains sama-sama.

Untuk pembelian tiket, klik je sini.

4. i-City

Apa kata luangkan masa bersama keluarga dan anak kecil di I-City, sebab lengkap dengan aktiviti menarik. Antaranya, Taman tema air i-City yang mempunyai rides yang paling istimewa di sini iaitu The Ultimate Tornado, yang merupakan gelongsor air berbentuk spiral pertama di Asia Tenggara. 

Bukan itu sahaja, paling menarik sekali ialah anda dapat bermain salji di Snowalk yang juga lengkap dengan pelbagai permainan, termasuk gelongsor ais bagi memberikan anda feel musim salju yang sebenar. Jangan risau, jaket dan kasut disediakan. Klik sini untuk pembelian tiket online.

5. Farm in the City

Last but not least, Farm in the City. Tempat ini pun antara pelopor petting zoo kat Malaysia. Apa yang menarik di sini ialah konsep Farm In The City ini yang mengetengahkan alam semula jadi terutama binatang kepada masyarakat.

Untuk bawa si manja, jom beli tiket di sini.

Anda suka artikel di atas? Kalau suka, ada banyak lagi artikel menarik dan berguna di sini. Kalau nak tengok tote beg yang berkualiti dan pelbagai guna, boleh ke www.madre.my. Lagi senang, Whatsapp sahaja kami untuk dapat respon terpantas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *