Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

5 Tempat OOTD Paling ‘Insta-Worthy’ & Percuma Buat Madre Lovers!

Life isn't perfect, but your OOTD can be.

Instagram merupakan aplikasi kegemaran tidak kira bagi golongan muda mahupun tua. Sis pun pasti mempunyai satu akaun instagram kan? Biasalah lumrah wanita, kalau dah scroll Instagram, ternampak gambar cantik je mesti kita pun nak gambar kita sama cantik sekali.

Sis tahu tak sebenarnya background gambar yang cantik merupakan salah satu faktor yang menjadikan gambar itu menarik? Jadi, harini khas buat Madre Lovers, Kakpin nak kongsikan 5 tempat OOTD paling ‘insta-worthy’ dan paling penting percuma yang confirm boleh mengundang banyak likes. Let’s check it out!

1. Astaka Morocco, Putrajaya

Siapa rasa nak feeling ala-ala latar belakang dan suasana negara Timur Tengah, wajib datang Astaka Morocco. Tengoklah, ukiran dinding dan pintu, siap ada fountain di tengah-tengah yang pasti membuatkan gambar sis insta-worthy!

Lokasi ni memang menjadi hotspot buat gambar graduasi dan perkahwinan. Tak percaya? Sis search Astaka Morocco di Instagram, confirm banyak gambar cantik yang keluar!

Images Via: hongyokgun
Images Via: imagesofmalaysia

2. Taman KLCC

Kedua, Taman KLCC! Alang-alang membeli-belah di KLCC yang terletak di bu kota, apa kata sis singgah juga di bahagian Taman KLCC di bahagian luar menara itu. Kakpin jamin feed instagram sis akan menarik banyak pengunjung apabila post gambar yang berlatarbelakangkan menara berkembar tertinggi di dunia.

Tips penting, sis perlu ambil gambar ketika waktu malam, barulah nampak Menara KLCC tu bercahaya!

Images Via: wanderlust_leo
Images Via: margo.trump

3. Saloma Bridge

Dengar nama pon dah tertarik kan? Saloma Bridge atau Pintasan Saloma ini bukan jambatan biasa-biasa tau. Saloma Bridge merupakan jambatan pejalan kaki yang menghubungkan Kampung Baru dengan KLCC dan semestinya cantik untuk ber-OOTD!

Kakpin nasihat awal-awal, waktu terbaik untuk bergambar adalah pada waktu malam sebab lampu yang berwarna-warni. Tips nak nampak shot cantik tak nampak orang lalu-lalang, kenalah datang pagi. Nak nampak cantik lagi, wajib OOTD dengan kasut Madre!

Images Via: imagesofmalaysia
Images Via: Instagram sharonyws

4. NU Sentral

Yes, NU Sentral! Kakpin confirm mesti ramai yang tahu tempat ni kan? Tangga NU Sentral merupakan lokasi perfect dan cantik untuk sis OOTD, tak kira siang atau malam. Padanan bersama jeans sangat sesuai tau dengan background NU Sentral.

Images Via: muhammadruzainz
Images Via: zulf4dhliroslee

5.Tamarind Square, Cyberjaya

Last but not least is Tamarind Square, Cyberjaya! Kalau sis yang dah lama duduk are Cyberjaya ni confirm familiar dengan tempat ni kan? Lepas je sis beli kasut di butik Madre, apa kata sis terus je singgah tempat ni.

Banyak port di Tamarind Square yang superb nature untuk berfoto. Cumanya, sis kena jadi kreatif sikitlah untuk cari angle yang lawa kalau mahu gambar tu meletops! Contohnya, di spot tangga bawah ni. Nice bukan?

Images Via:

Amacam sis, ada yang dah complete OOTD di semua spot cantik di atas? Walaupun pergerakan kita agak terbatas disebabkan PKP, Kakpin sarankan sis simpan siap-siap semua tempat di atas. Sama-sama kita doa agar Covid ini berakhir cepat, jadi sis boleh ambil gambar lawa-lawa dań upload di IG!

Terima kasih semua sudi luangkan masa untuk baca tips dari Madre, jangan lupa share post ini. Oh ya, anda suka artikel di atas? Kalau suka, ada banyak lagi artikel menarik dan berguna di sini. Kalau nak tengok tote beg yang berkualiti dan pelbagai guna, boleh ke www.madre.my. Lagi senang, Whatsapp sahaja kami untuk dapat respon terpantas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *