Tips dari MADRE

5 tips mudah membendung virus Covid-19!

Hi MadreLovers!

Kebelakangan ini, Malaysia dikejutkan dengan penularan wabak virus covid-19. Susulan daripada wabak tersebut, telah menyebabkan pihak kerajaan menjalankan inistiatif “Perintah Kawalan Pergerakan” bermula 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020.

Perintah kawalan pergerakan : merupakan perintah yang dikeluarkan oleh kerajaan susulan penularan wabak covid-19. Antara intipati perintah tersebut termasuklah orang ramai dinasihatkan untuk menetap di rumah dan aktiviti pembelian di kedai adalah dihadkan. Namun, pasaraya dan kedai runcit masih dibuka seperti biasa. 

Inistiatif ini merupakan satu tindakan bijak yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Covid-19 merupakan penyakit berbahaya hingga boleh membawa maut jika tidak dirawat. Jom, Madre bantu anda senaraikan beberapa langkah awal untuk mengelakkan diri daripada jangkitan virus covid-19 :

#1- Membasuh tangan dengan menggunakan sabun atau hand sanitizer

Tahukah anda, virus Covid-19 merebak adalah dengan cara sentuhan. Kita terdedah dengan pelbagai sentuhan terutamanya bila bersalaman. Tersentuh objek yang pernah disentuh oleh pembawa virus juga boleh membawa risiko yang tinggi. 

Jadi, cara yang paling mudah untuk mengelakkan daripada jangkitan virus ini adalah dengan sentiasa membasuh tangan dan anda disarankan juga untuk menggunakan hand sanitizer yang mempunyai kandungan alkohol 60%-70% ke atas sahaja.

Sentiasa membasuh tangan apabila :

  • Batuk/Bersin
  • Sebelum/selepas makan
  • Selepas menggunakan tandas
  • Selepas menyentuh permukaan 
  • Selepas menyentuh haiwan 

#2- Memakai topeng muka sekiranya mempunyai gejala covid-19

Virus ini juga boleh merebak melalui udara. Contohnya seperti batuk dan bersin.  Ramai yang keliru tentang penggunaan topeng muka, ia sebenarnya tidak diwajibkan untuk semua individu. Ia hanyalah keperluan untuk sesiapa yang menghadapi simptom covid-19 sahaja.

Sekiranya anda mengalami simptom covid-19, anda juga dinasihatkan untuk menggunakan kain. Sentiasa menutup muka apabila batuk/bersin. 

#3 -Sentiasa menjaga kebersihan – tempat tinggal/tempat kerja 

Sekiranya tiada sanitizer, anda juga boleh menggunakan dettol atau cecair lain untuk membersihkan tempat tinggal anda. Anda juga disarankan untuk sentiasa membersihkan rumah, cadar katil dan tempat-tempat yang menjadi tumpuan. 

#4 – Duduk di rumah dan jarakkan diri daripada tempat orang ramai.

Virus boleh merebak dengan mudah jika kita berkumpul dalam suatu tempat. Maka, langkah penjagaan awal ialah elakkan diri anda di tempat orang ramai dan sentiasa mengamalkan (socialdistancing) iaitu jarak 1 meter daripada orang yang mengalami simptom covid-19. 

#5 – Elakkan “panic buying” dan membeli barang keperluan dengan kuantiti yang minimal

Panic buying hanya akan menyebabkan diri anda mudah dijangkiti virus. Jadi, elakkan membeli dengan kuantiti yang banyak! Membeli sekadar keperluan sahaja disebabkan pasaraya dan kedai runcit masih beroperasi seperti biasa. Jangan panik! 

**“Mana-mana orang yang melanggar peruntukan peraturan ini melakukan kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjara selama tempoh tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya,” – Datuk Seri Dr Adham Baba, Menteri Kesihatan .

(Sumber : Harian Metro Online, Khamis, 19 Mac 2020)

Perkongsian ini mungkin ringkas, tetapi MadreTeam harap dengan perkongsian ini sedikit sebanyak akan dapat memberi maklumat penting kepada anda semua, sentiasa berada dirumah & amalkan kebersihan yang tinggi seperti mana termaktub dalam hadith,

“Kebersihan itu sebahagian daripada iman”

Stay at home! Be productive! 🙂 

Love, Madre Team.

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Dapatkan Extra Tips Terus ke Inbox Anda!

Jadi diantara mereka yang sentiasa mendapat info baru, tips yang lebih padu dari Madre. Stay in the know, on the go.