Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
”Muka handsome, tapi selekeh”
Bile terdengar ayat di atas, mesti terasa mencucuk hati lagi-lagi bila ayat itu disebut oleh para wanita. Sebenarnya, kebanyakan kaum lelaki tidak terlalu menitikberatkan hal berkaitan fesyen dan hanya pakai apa dirasakan sesuai dan selesa.
Jadi ini dia 5 tips nak nampak bergaya dan kacak buat para lelaki di luar sana.
Tips yang pertama ialah jika hendak memilih pakaian, pastikan ianya terlalu besar atau terlalu kecil. Pastikan saiznya bersesuaian dengan saiz anda. Abang yang selalu memakai saiz lebih besar bukan sahaja buat anda nampak selekeh, tetapi juga tidak profesional terutamanya dalam persalinan pejabat.
Ramai lelaki secara sengaja tidak membutangkan baju kemeja mereka untuk mendapatkan ‘look’ kasual atau mahu tunjuk dada sasa kepada wanita.
Ada sebab mengapa kemaja itu disertakan dengan butang dan sekiranya mahu nampak kasual, gayakan saja baju T yang dipadankan dengan jaket.
Mungkin nampak remeh, tapi percayalah baju yang berkedut akan memberi impak buruk buat pandangan pertama seseorang pada anda. Pakaian berkedut hanya akan menonjokan sisi selekeh dan membuatkan anda dicop sebagai pemalas. Cuba jadikan iron baju sebagai rutin harian anda.
Masih ramai yang terlepas pandang tips keempat ini. Kebanyakan lelaki tidak suka memasukkan kemeja dalam seluar tidak kisah sama ada baju lengan panjang atau pendek. Tuck-in baju ke dalam seluar akan membuatkan anda lebih kelihatan kemas dan menarik.
Last but not least, para jejaka di luar sana dinasihatkan untuk mengamalkan pengayaan pakaian dengan tidak menggunakan lebih daripada tiga warna. More than that, is a big no no! Pemakaian yang ringkas seperti blazer dan jeans dilihat antara pilihan yang terbaik.
Terima kasih kerana terus kekal setia membaca dari awal ke penghujungnya. Anda suka artikel di atas? Kalau suka, ada banyak lagi artikel yang best dan berguna di sini. Untuk koleksi sandal lelaki yang smart, boleh ke www.madre.my.