Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

5 Tips Tidur Nyenyak & Berkualiti

Anda selalu tidur malam jam berapa?

Ramai dalam kalangan masyarakat kita yang menghadapi masalah untuk mendpaatkan tidur yang berkualiti dan nyenyak. Tahukah anda, seorang dewasa memerlukan tidur 7 hingga 9 jam setiap malam. Tidur yang tidak cukup bukan sahaja menjejaskan mental dan fizikal, tetapi emosi juga jadi tidak stabil sehingga menimbulkan pelbagai risiko masalah kesihatan.

Jadi, ini dia 5 tips mudah daripada Madre untuk dapatkan tidur yang berkualiti.

1. Jangan Makan Malam Dekat Waktu Tidur

Banyak kajian yang menunjukkan bahawa tubuh kita tidak dapat tidur dengan elok jika makan pada lewat malam. Ini kerana tubuh badan kita memerlukan sedikit masa untuk memproses serta menghadam makanan dan minuman yang diambil. Jangan terkejut jika perut anda makin membuncit jika masih meneruskan tabiat ini tau?

2. Elakkan Terdedah Dengan Lampu

Kedua, jauhkan diri anda daripada pencahayaan lampu atau peranti skrin. Suasana lebih gelap adalah sesuai untuk tidur lena kerana ia mengurangkan gangguan di sekeliling. Cuba gunakan lampu boleh malap, lampu meja atau bidai gelap untuk menghalang matahari pagi. Kedudukan lampu sebaiknya berada dalam jangkauan tangan kerana mengurangkan pergerakan sebelum tidur dan membantu lelap lebih mudah.

3. Persekitaran Yang Tenang

Ketiga, pastikan persekitaran anda tenang. Pilihan warna dan aksesori peralatan tidur yang sesuai akan mempengaruhi kualiti tidur anda. Menurut kajian, tidur paling baik dalam bilik berwarna biru, diikuti oleh warna seperti kuning dan hijau.

4. Atur Suhu Bilik

Pastikan suhu bilik tidur sesuai dengan keadaan badan. Tetapkan penghawa dingin atau kipas pada suhu yang sesuai dan pastikan anda berasa selesa dengan memilih selimut yang sesuai. Kebanyakan kita tidur lebih lena dalam persekitaran yang sejuk manakala suhu optimum ialah antara 18 hingga 20 darjah Celsius.

5. Kurangkan Tidur Siang

Akhir sekali, kurangkan tidur siang. Tidur waktu siang mempunyai kaitan dengan tidur malam. Jika anda terlebih tidur pada waktu siang, anda akan mendapat kesukaran untuk tidur pada waktu malam. Jika anda perlu dan ingin tidur pada waktu siang, pastikan ia adalah sekejap.

Ada pelbagai cara sebenarnya untuk memastikan tidur anda lebih berkualiti. Mungkin anda boleh cuba 5 cara dia atas dahulu dan lihat kesannya. Terima kasih kerana terus kekal setia membaca dari awal ke penghujungnya.

Anda suka artikel di atas? Kalau suka, ada banyak lagi artikel menarik dan berguna di sini. Kalau nak tengok tote beg yang berkualiti dan pelbagai guna, boleh ke www.madre.my. Lagi senang, Whatsapp sahaja kami untuk dapat respon terpantas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *