Cara Berkesan Jaga Kasut Putih Supaya Nampak Baru

Tak kira lelaki ke perempuan, kasut putih memang ramai orang suka pakai. Nampak simple, clean, masuk dengan macam-macam outfit. Tapi satu benda yang buat ramai “geram”, baru pakai dua tiga kali, terus nampak kusam, kuning, dan macam dah berzaman tak basuh.

Lagi sedih bila kasut mahal, cantik, limited edition pulak tu. Tapi sebab tak jaga betul-betul, terus nampak macam beli bundle RM10.

Sebenarnya, nak jaga kasut putih tak susah pun, asalkan tahu cara yang betul dan buat secara konsisten.

So kalau tengah pening kepala tengok kasut putih makin hari makin pudar, teruskan baca blog ni. Kita share cara-cara senang dan jimat untuk pastikan kasut putih kekal bersih, segar, dan tak malu nak sarung bila keluar rumah!

Lap Kasut Selepas Pakai

Ini mungkin nampak remeh, tapi kalau rajin lap kasut lepas pakai, kasut putih confirm lebih tahan lama. Tak perlu beria pun, cukup lap dengan kain lembap atau tisu basah (yang bebas alkohol) untuk buang habuk, debu dan kotoran kecil.

Kadang kita jalan kat tempat berdebu atau rumput basah, kita tak perasan kasut tu dah “kena serang” dengan kotoran halus. Kalau dibiarkan semalaman, kotoran tu akan masuk dalam fabrik dan lagi susah nak cuci nanti.

Tips : Simpan kain microfiber kecil dalam kereta, beg, atau dekat rak kasut. Bila balik rumah je, capai kain tu dan terus lap. Simple kan !

Simpan Kasut di Tempat Kering & Terlindung

Lepas dah lap bersih-bersih, jangan pulak campak kasut depan pintu rumah macam tu je. Kalau biar kasut putih terdedah kat tempat panas, lembap, atau berhabuk memang cepat jadi kuning dan kusam.

Cuaca kat Malaysia pun kadang tak menentu. Panas, hujan, pastu lembap, semua ni boleh buat kasut cepat rosak. Lagi-lagi kalau simpan dekat tempat yang ada banyak habuk atau berdekatan dapur (bau pun boleh melekat tau).

Tips berguna:

  • Simpan kasut dalam kotak asal atau rak bertutup.
  • Letak silica gel dalam kotak/rak untuk elak bau dan kelembapan.
  • Elak simpan kat tempat kena matahari direct, nanti warna pudar!

Ringkas je, tapi kalau konsisten buat benda ni, kasut putih boleh tahan sampai bertahun!

Jangan Abaikan Tapak Kasut

Selalu bila kita cuci kasut, kita fokus bahagian atas je kan? Tapak kasut selalu jadi mangsa terabai walhal tu la bahagian yang paling banyak kena habuk, lumpur, pasir dan macam-macam kotoran.

Masalahnya, kalau tapak dah terlalu kotor, kotoran tu boleh naik semula ke bahagian atas bila kita berjalan atas lantai basah atau simpan kasut dalam rak yang sempit. Pastu kita pelik kenapa kasut putih kita tetap nampak kotor walaupun dah cuci.

Tips mudah:

  • Guna berus gigi lama + sabun cuci pinggan untuk gosok bahagian tapak.
  • Buat seminggu sekali je pun dah cukup.
  • Kalau ada lumpur keras, rendam tapak kejap dalam air suam dulu.

Lepas ni, bila cuci kasut, jangan lupa kasi ‘spa’ kat tapak sekali. Baru lah bersih luar dalam!

Basuh Mengikut Jenis Bahan

Satu kesilapan yang ramai orang buat bila cuci kasut putih main belasah je cara basuh, tak kira kasut tu jenis apa. Padahal, setiap jenis material ada cara penjagaan dia sendiri. Kalau salah teknik, boleh rosak terus tau!

Tengok cara mudah ikut jenis bahan:

  • Canvas (macam Converse, Vans)
    ➤ Guna sabun lembut + berus gigi lama. Sental perlahan je.
    ➤ Elak rendam lama sangat, nanti fabrik lembik dan cepat pudar.

  • Kulit (leather)
    ➤ Lap dengan kain lembap + guna leather cleaner kalau ada.
    ➤ Jangan rendam atau sental — nanti kulit merekah atau mengelupas.

  • Suede (macam kasut skate atau fashion)
    ➤ Guna berus khas suede, dry clean only.
    ➤ Kalau kena air, biar kering semula dulu sebelum gosok.

  • Mesh atau knit (macam kasut lari Nike/Adidas)
    ➤ Guna span lembut + sabun cair. Elak berus kasar, nanti berbulu.

Bonus tip:
Kalau tak pasti material apa, check label atau google model kasut tu dulu. Jangan main agak-agak, sayang beb kalau rosak!

Guna Baking Soda & Cuka

Kasut putih dah mula nampak kekuningan atau pudar? Jangan panik! Baking soda & cuka putih boleh jadi penyelamat, bahan dapur je, tapi hasil dia power macam produk mahal!

Cara dia senang :

  1. Campurkan:
    ➤ 1 sudu besar baking soda
    ➤ 1 sudu besar cuka putih
    ➤ Tambah sikit air sampai jadi macam pes
  2. Sapu pada bahagian yang nak diputihkan guna berus gigi lama pun boleh.
  3. Biarkan lebih kurang 15–20 minit, lepas itu sental perlahan.
  4. Lap bersih dengan kain lembap dan jemur tempat redup.

Hasilnya ?
Kesan kuning pudar boleh hilang, dan kasut nampak lebih fresh! Tapi teknik ni paling sesuai untuk kasut jenis canvas atau tapak getah. Untuk material lain macam kulit atau suede, jangan cuba ya, nanti menyesal.

Bila dah tahu cara DIY macam ni, tak payah dah bazir duit beli produk mahal. Barang dapur pun boleh jadi hero!

Jadi lepas ini, jangan biar kasut putih kesayangan terus jadi mangsa kekuningan dan kusam! Dengan cara jaga yang betul, lap lepas pakai, simpan elok-elok, cuci ikut bahan, dan guna bahan mudah macam baking soda, kasut putih boleh tahan lama, sentiasa nampak clean dan bergaya.

Kadang bukan sebab kasut tu murah atau mahal, tapi macam mana kita jaga yang buatkan ia tahan atau tak.

Kalau suka tip macam ni dan nak tahu lebih banyak lagi tentang penjagaan kasut, barang personal, atau gaya hidup harian, jangan lupa follow dan ikuti blog kami. Banyak lagi tips menarik dan berguna kami akan kongsikan dari semasa ke semasa.

BACA : Tak Bertenaga dan Asyik Mengantuk? Cuba Tips Ini !

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *