Featured image: tujuh idea trendy outfit wanita dan kasut

7 Jenis Trendy Style Dalam Dunia Fesyen

Dunia fesyen wanita sentiasa berubah, tetapi gaya yang baik tetap bermula dengan pakaian, kasut dan aksesori yang seimbang.

Kalau anda sedang mencari idea outfit wanita yang trendy, panduan ini merangkum tujuh gaya yang mudah diolah mengikut personaliti, majlis dan tahap keselesaan anda.

Tip asas: pilih kasut selepas anda tentukan mood outfit. Kasut tumit tinggi boleh menaikkan gaya formal, manakala flats membantu gaya harian kekal kemas dan selesa.

Classy outfit wanita dengan kasut tumit klasik

#1 Classy Outfit

Tak payah ikut semua trend terkini, Classy Outfit ini lebih kepada fesyen berkualiti yang tak akan outdated. Bayangkan blazer yang nampak smart, skirt pensil yang cantik dipakai, atau seluar straight cut yang selesa tetapi tetap nampak kemas.

Selain itu, padankan dengan blouse sutera yang flowy untuk tambah sikit tampak mewah. Tak lupa juga, Kasut tumit klasik yang cantik, tapi kalau nak selesa, tukar je dengan kasut flats. Lagipun, gaya classy ini lebih kepada nampak tersusun tanpa terlalu try hard.

Sama ada anda bos yang sibuk di pejabat atau seseorang yang sukakan kualiti dan fesyen timeless, Classy Outfit ini memang sesuai untuk anda. Padankan dengan flats Madre untuk gaya kerja yang lebih mudah dipakai sepanjang hari.

Casual outfit wanita dengan kasut harian yang selesa

#2 Casual Outfit

Casual Outfit ini macam BFF anda untuk kehidupan seharian. Bayangkan jeans, t-shirt, atau dress yang senang dipakai – apa sahaja yang membuatkan anda rasa selesa. Gabungkan dan padankan semua ini untuk cipta pelbagai outfit, sesuai untuk pergi kelas, urusan, atau lepak santai dengan kawan-kawan.

Bila cuaca sejuk, cardigan yang cozy itu memang best partner anda, dan jangan lupa kasut sneakers yang selesa untuk manjakan kaki anda sepanjang hari. 

Gaya casual ini lebih kepada keselesaan, tapi masih nampak bergaya! Jadi, kalau anda pelajar, sibuk kerja, atau someone yang lebih mementingkan keselesaan, outfit ini memang sesuai !

Chic outfit wanita dengan padanan kasut bergaya

#3 Chic Outfit

Level up penampilan harian dengan Chic outfit yang bergaya! Tak payah ikut semua trend, cukup tambah sikit elemen moden pada baju basic anda.

Bayangkan skinny jeans selesa yang fit cantik, then pair dengan blouse yang tak boring – boleh floral, corak, atau anything yang best represent diri anda. Ankle boots bagi nampak lebih stylo dan jangan lupa aksesori tau!

Kalung chunky, statement earrings, atau beg yang cool boleh transform outfit anda jadi “total look“. Gaya ini senang – nampak menarik tanpa kena try hard sangat.

Jadi, kalau anda professional anak muda yang nak lari daripada style formal yang bosan, peminat dunia fesyen yang suka cari benda unik, or just someone yang suka mix and match, “chic outfit” ini memang sesuai!

Preppy edgy outfit wanita dengan kasut but chunky

#4 Preppy Edgy Outfit

Preppy-Edgy Outfit memang best la! Gaya je skirt plaid favourite anda dengan jacket kulit cool yang anda jumpa dekat thrift store dan woallaaa, terus nampak nice.

Kemudian, kasut but chunky memang kena ada la nak dapatkan vibe grunge sikit. Bagi nampak lagi happening, siap dengan baju tee bergambar yang menonjolkan personaliti anda. Gaya ni senang je – selesa and lepas bebas nak express diri!

Jadi, jom lah slay! Outfit ni sesuai pergi kelas, konsert, atau just lepak chill dengan kawan-kawan yang appreciate style anda yang out of the box.

Soft girl outfit wanita dengan kasut gaya feminin

#5 Soft Girl Outfit

Suka vibe manis dan ayu? Soft Girl Outfit memang sesuai untuk anda! Bayangkan pakai dress floral yang flowy, confirm puas hati nak twirl-twirl. Tak gitu?

Kalau nak chill, cardigan pastel pun cute juga. Jangan lupa pakai aksesori rambut macam headband dengan bunga kecik or clip warna-warni – asalkan anda rasa playful!

Style ni semua tentang rasa sweet dan comfy, sesuai sangat untuk remaja, anak muda, atau sesiapa yang suka nampak lembut dan girly. Jom unleash your inner flower child and rock the gadis lembut vibes!

Vintage outfit wanita dengan kasut gaya retro

#6 Vintage Outfit

Suka vibe style dulu-dulu? Cuba Vintage Outfit! Bayangkan jean high-waisted yang menampakkan kaki tinggi, atau gaun cantik dan unik dari kedai thrift!

Tak lupa juga, pakai cermin mata retro sikit untuk nampak cool, selendang bercorak kalau nak tambah stylo, lepas itu beg tangan klasik untuk bagi nampak lengkap. Mix je vibes lama dengan gaya sendiri.

Jadi, kalau anda suka cari barang gempak dekat kedai thrift, suka sikit vintage look dalam pakaian, atau just nak something unique, jom cuba gaya vintage. Inilah masa untuk anda shine!

Elegant outfit wanita dengan kasut tumit tinggi

#7 Elegant Outfit

Nak jadi glam sikit? Cuba Elegant Outfit ! Bayangkan pakai gaun flowy yang selesa atau dress koktel yang buat anda rasa confident. Tambahan pula, pakai suit pun lagi cantik, nampak gah !

Kasut tumit tinggi (high heels) sesuai untuk menaikkan gaya apabila dipakai mengikut kesesuaian majlis. Jika anda lebih mementingkan keselesaan, pilih flats Madre atau cuba Sera Slingback Mary Jane Heel untuk sentuhan feminin yang lebih kemas.

Basically, gaya elegan ni nampak cantik tapi tak berlebihan. Jadi, kalau nak pergi event special, outting dengan bestie ke, atau just nak feeling confident sikit, jom cuba gaya elegant ! Macam berjalan dekat red carpet jugak la!

Koleksi tujuh gaya outfit wanita dan padanan kasut

Jadi, dah habis rundowns pasal fesyen ini! Bermula dari chill habis santai sampai lah glam macam karpet merah. Basically, ada gaya untuk semua mood la !

Suka chill? Team casual la jawabnya! Nak style lain daripada lain? Jom pergi thrift store, pastu rock look vintage itu. Apa pun style anda, pakai dengan confident! Fesyen ini untuk express diri sendiri, so jom mix and match, tunjuk apa yang best dekat anda. Okay, spill the tea – gaya apa yang anda selalu pakai?

Jangan lupa share panduan outfit ini. Untuk inspirasi seterusnya, baca cara gayakan kasut hitam dan lihat koleksi kasut Madre yang mudah dipadankan dengan gaya harian.

Baca : Zya – Menawan dan Selesa

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *