Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Kasut Tumit Tinggi Madre – Yang mana satu sis nak?

Hi sis, dah lama rasanya kita tak borak pasal kasut Madre kan? Kita asyik borak pasal tips lah, fashion lah. So today kita nak cakap sikit pasal kasut dari Madre Collection, tapi kita akan focus pada high heels ataupun kasut tumit tinggi.

Kita semua tau yang kasut tumit tinggi ni ada banyak jenis, bukan satu je. And Madre pun ada variation of high heels dari the basic pump sampailah ke ankle-strap stilettos. Bukan tu saja tau sis? Kasut Madre ni semua terkenal dengan comfortability, so kasut tumit tinggi ni semua pun ada ciri tu. So jangan risaulah pakai kasut tumit tinggi ni semua tak selesa or sakit kaki nanti.

Pump

Madre Collection ada 2 kasut jenis pump. First one Madre ada Aylee, an open-toe pump yang memang sexy and sophisticated sangat. Dengan motif sayap pada bahagian upper, kasut ni design dia memang lawa sangat sis! Aylee ni jugak ada Arch Support so sis takkan sakit kaki kalau guna Aylee ni.

Aylee – also available in other colours

Yang kedua untuk pump, kita ada Chloe. The simplest pointed-toe pump yang sis boleh cari. Tapi jangan dengar simple je sis ingat tak lawa! No, design Chloe ni sangat memukau dan akan buatkan sis nampak lebih kurus dan tinggi. Dengan tumit 2.5 inci dengan balutan kayu pulak memang akan nampak lebih lawa dan memukau lah bila sis pakai.

Chloe – also available in other colours

Kitten Heels

Untuk sis yang suka pakai kasut tumit tinggi tapi yang tak berapa nak tinggi, Madre ada jugak kitten heels. First kitten heels kita ada Saloma. Dengar nama pun dah tertawan kan sis? Saloma ni design dia retro dengan modern influences. Memang lawa sangat design dia, dengan strap crisscross yang dibuat dari fabric satin lembut tambah pulak dengan lining kulit Polyurethane. Oh lupa nak cakap, Saloma ni buatan tangan tau sis?

Saloma – also available in other colours

Yang kedua Eva, Eva ni kasut tumit tinggi untuk sis yang nak nampak professional tapi menarik dan tak boring pada masa yang sama. Eva juga adalah heels buatan tangan dengan design strap lebar dan open-toe untuk keselesaan sis. Dekat strap pulak ada aksesori seakan berlian untuk lawakan lagi design Eva ni. Bahagian upper Eva pula dibuat dari kulit Polyurethane yang memang  berkualiti tinggi dengan kemasan berkilat untuk nampak lebih ekslusif.

Eva – also available in other colours

Block Heels

Block heels adalah kasut tumit tinggi untuk sis yang still takut nak pakai heels kecik, block heels lebih seimbang and selesa lah kalau sis baru belajar nak pakai kasut tumit tinggi. First, Madre ada Athea, block-heeled mule yang sesuai untuk sis tonjolkan elegan dan sexy dalam outfit sis. Material upper dibuat dari sued dengan lining kulit dengan design open-toe untuk sis nampak lebih elegan and sexy ke office or to dinner. Athea juga sangat selesa so kalau sis nak pakai hari-hari untuk masa yang lama pun tak menjadi masalah.

Athea – also available in grey

Block heels Madre yang kedua ni direka khas untuk sis dekat luar sana yang nak kasut tumit tinggi yang ekslusif. Trizz datang dengan design yang elegan dan menawan untuk sis padankan dengan busana favourite sis. Bahagian upper Trizz dibuat dengan material suede untuk rasa ekslusif tu, dan juga footbed empuk untuk keselesaan sis. So bukan je nampak cantik, tapi lembut dan selesa. Heels pun tak tinggi sangat, cuma 2.5 inci je so sesuai kalau sis taknak kasut yang terlampau tinggi.

Kasut Tumit Tinggi
Trizz – also available in other colours

Ankle Strap

Siapa je yang tak suka kasut tumit tinggi dengan ankle strap sis? Sure lawa kalau pakai dengan dress ke, jeans ke, or any outfit basically! Eldora adalah salah satu kasut tumit tinggi dengan ankle strap keluaran Madre dengan design yang sangat menggoda sis. Upper Eldora strap lebar dan juga ankle strap untuk tambahlah lagi rupa menawan tu sis. Dibuat pula dengan kulit Polyurethane dengan suede mesh untuk tambahkan lagi kualiti kasut tumit tinggi ni sis. Kalau sis nak nampak classy dan menggoda, tambah Eldora dalam wardrobe sis.

Kasut Tumit Tinggi
Eldora – also available in other colours

So sis tu adalah semua kasut tumit tinggi yang ada dalam catalogue Madre buat masa sekarang. Of course kami akan tambahkan lagi koleksi kasut tumit tinggi kami pada masa akan datang so make sure sis follow kami di Facebook, Instagram dan subscribe kepada newsletter kami untuk dapatkan update selalu dari kami.

Oh. Boleh juga klik button di bawah untuk lihat koleksi terkini dan beli online di website. Boleh bayar 3 kali ansuran guna Atome.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *