Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Sekolah dibuka semula? 5 langkah persediaan khas untuk ibu bapa!


Setelah beberapa bulan berada di rumah dan dalam proses menyesuaikan diri dengan norma baharu, akhirnya anak-anak kita akan kembali ke sekolah pada mingggu hadapan.

Seperti yang kita sedia maklum, pembukaan sekolah ini dilakukan secara berperingkat kerana ada murid berlainan tahun dan tingkatan yang sudah kembali ke sekolah terlebih dahulu.

Jadi, untuk para Ibu bapa, ini adalah langkah-langkah persediaan yang anda perlu tahu sebelum anak-anak kembali ke sekolah.

1. Semak kerja rumah

Semasa tempoh PKP, pihak guru ada yang memberikan tugasan yang perlu disiapkan oleh anak-anak, walaupun dalam tempoh tersebut mungkin diantara kita mempunyai masalah teknikal dengan internet ataupun telefon, namun ia bukan alasan untuk tidak menyiapkan kerja rumah yang telah diberikan dan tertinggal mata pelajaran.

2. Sediakan hand sanitiser dan pelitup muka

Hand sanitiser dan pelitup muka adalah benda yang sangat panting untuk anak-anak. Sentiasa ingatkan anak-anak untuk memakai hand sanitiser selepas keluar dari bilik air dan mengajar anak untuk menjaga kebersihan diri.

3. Sediakan bekal makanan

Makanan dan minuman digalakkan dibawa dari rumah dan untuk keselamatan bersama, ingatkan anak-anak untuk tidak berkongsi makanan ataupun minuman dengan rakan sekelas. Sediakan makanan yang berkhasiat dan sertakan buah-buahan dan sayur-sayuran supaya lebih sihat.

4. Menasihati anak tentang situasi semasa

Anak-anak kita masih kecil dan mungkin ada yang tidak berapa faham mengenai pendemik yang telah menyebabkan mereka tidak dapat ke sekolah dan belajar dalam situasi yang sama seperti dulu. Jadi, Ibu bapa harus sentiasa menasihati anak-anak supaya menjaga kebersihan diri, jarak sosial dengan rakan dan berbual dengan mereka agar mereka dapat menyesuaikan diri dengan situasi semasa.

5. Sentiasa periksa kesihatan anak


Jika anak anda tidak berapa sihat, digalakkan untuk tidak ke sekolah kerana risau boleh menyebabkan jangkitan. Ibu bapa perlu peka dengan kesihatan anak dan sering mengingatkan mereka untuk menutup mulut jika bersin atau batuk dan kebap mencuci tangan.

Anda suka artikel di atas? Kalau suka, ada banyak lagi artikel menarik dan berguna di sini. Kalau nak tengok tote beg yang berkualiti dan pelbagai guna, boleh ke www.madre.my. Lagi senang, Whatsapp sahaja kami untuk dapat respon terpantas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *