Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Sebuah kajian sekumpulan penyelidik di University of Kansas di Amerika Syarikat mendapati penilaian karakter individu berdasarkan kasut yang digayakan amat tepat. Ini dibuktikan apabila sebuah eksperimen yang dijalankan membabitkan 63 pelajar secara rawak dengan kaedah pelajar berkenaan dikehendaki melihat gambar 200 pasang kasut dan meneka profil psikologi yang sepadan.
Ini bermakna, kasut bukan sahaja satu keperluan untuk melindungi kaki daripada kotoran dan bahaya tetapi sebahagian daripada fesyen yang melengkapkan penampilan. Tahukah anda, pemilihan kasut walau disarung di kaki tetapi mampu memberi gambaran personaliti dan sifat peribadi seseorang? Jom kita tinjau satu-persatu!
First and foremost, mereka yang gemarkan flat shoes adalah orang kuat belakang tabir yang sentiasa bekerja keras menjayakan peranan dan tanggungjawab diri dalam karier mereka.
Ciri-ciri terlihat sederhana, tetapi mempunyai elemen formaliti menjadikan peminat gaya kasut ini memiliki sifat sangat merendah diri, tetapi mempunyai kredibiliti dalam pembawaan diri.
Loafer ialah bentuk kasut yang bertutup penuh, tetapi mempunyai potongan bulat atau tirus di hadapan. Mereka yang memilih loafer sebagai kasut harian sangat digambarkan seorang yang mementingkan kesempurnaan dan kental. Jadi, baik dalam hubungan atau karier, dia pejuang yang sanggup berhabis-habisan. Fuhh, adore dengan mana-mana wanita yang mempunyai personnalité begini. Bukan sahaja bertanggungjawab, malah dikatakan seorang yang setia.
Tidak asing lagi, kebanyakan Madre Lovers memilih wedges sebagai kasut pilihan mereka. Gabungan antara gaya dan keselesaan, tumit tinggi tapak rata jenis wedges ini menyatakan sifat anda sebagai seorang yang stabil dari setiap segi. Biar pun anda mahu kelihatan seksi bergaya dalam masa yang sama anda juga ingin kelihatan sopan tanpa perlu terlihat terlalu menonjol. Tabik!
Wanita yang memilih kitten heels dianggap sopan dan lemah-lembutTidak hairan dengan perkara-perkara trending di luar sana, mereka ini lebih gemar menghabiskan masa sendiri di rumah dan terdorong untuk berhias ala ‘perempuan melayu terakhir’.
“Basic”? Mereka yang lebih memilih selipar setiap hari dikategorikan sebagai insan yang sangat pentingkan keselesaan lebih dari segalanya. Mereka ini sememangnya tak kisah jika dilabelkan tiada sense of fashion. Mereka cenderung untuk terlihat minimalis dan berserdehana dalam semua perkara. Senang kata, ‘simple is the best!’
Jadi, ini antara 5 kasut pilihan tertinggi yang akan dipilih oleh kebanyakan wanita di Malaysia. Anda yang mana satu?
Anda suka artikel di atas? Kalau suka, ada banyak lagi artikel menarik dan berguna di sini. Kalau nak tengok tote beg yang berkualiti dan pelbagai guna, boleh ke www.madre.my. Lagi senang, Whatsapp sahaja kami untuk dapat respon terpantas.