Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Semua orang pasti ada sekurang-kurangnya sepasang kasut hitam, ia pilihan paling selamat, versatil, dan senang dipadankan. Sama ada untuk ke pejabat, jalan-jalan hujung minggu, atau acara formal, kasut hitam memang penyelamat.
Tapi jujurnya, bila asyik pakai dengan gaya yang sama setiap kali, penampilan boleh jadi nampak flat dan membosankan. Bila tengok cermin, rasa macam “eh… biasa je?”
Jangan risau, kasut hitam tak semestinya membosankan! Dengan sedikit kreativiti dan gabungan gaya yang bijak, anda boleh jadikan ia sebagai elemen paling standout dalam keseluruhan look anda.
Ikuti tips di bawah untuk ketahui cara menggayakan kasut hitam supaya penampilan anda lebih fresh, menarik, dan penuh karakter!
Kasut hitam memang senang dipadankan, tapi kalau asyik digabungkan dengan pakaian warna gelap atau neutral, gaya kita boleh nampak membosankan. Untuk elakkan, cuba padankan ianya dengan pakaian yang berwarna terang atau ceria.
Contohnya, pakai blazer merah, biru diraja atau kuning mustard untuk tampil lebih menyerlah. Kalau anda suka gaya santai, padankan jeans biru dengan t-shirt warna pastel pun sudah cukup menarik.
Bagi yang mahu tampil kemas ke pejabat, cuba pilih seluar berwarna beige atau hijau zaitun. Warna-warna ini boleh seimbangkan kasut hitam dan jadikan penampilan anda lebih fresh dan bergaya.
Selain pakaian, aksesori juga memainkan peranan penting untuk menaikkan gaya, terutama bila memakai kasut hitam yang kelihatan ringkas. Cuba gunakan aksesori yang menonjol seperti beg tangan berwarna terang, tali pinggang yang unik, atau tudung bercorak untuk tarik perhatian.
Aksesori yang sesuai bukan saja tambah gaya, malah boleh buat keseluruhan penampilan nampak lebih hidup dan penuh karakter walaupun ianya simple.
Salah satu cara paling mudah untuk mengelakkan gaya nampak membosankan ialah dengan teknik layering atau pemakaian berlapis.
Dengan menggabungkan beberapa lapisan pakaian, anda boleh mencipta gaya yang lebih menarik dan penuh dimensi, walaupun hanya memakai kasut hitam yang ringkas.
Sebagai contoh, padankan t-shirt putih dengan jaket denim dan seluar hitam, kemudian lengkapkan dengan kasut hitam gaya ini nampak moden dan effortless. Untuk penampilan lebih feminin pula, anda boleh pakai inner turtleneck di bawah dress, tambah tali pinggang di pinggang, dan padankan dengan kasut bertumit.
Teknik layering bukan sahaja menjadikan gaya lebih cantik, tetapi juga membolehkan anda bermain dengan warna, tekstur dan siluet yang berbeza.
Jika anda rasa gaya harian anda mula nampak sama saja walaupun dah cuba pelbagai kombinasi pakaian, mungkin sudah tiba masanya untuk fokus pada pemilihan kasut itu sendiri. Kasut hitam tidak semestinya perlu kelihatan biasa, pilih stail yang lebih unik untuk tampil berbeza.
Contohnya, kasut dengan potongan atau rekaan yang menonjol seperti platform, chunky sole, tumit blok, atau hujung tajam (pointed toe) boleh memberikan impak besar pada gaya keseluruhan.
Kasut hitam memang pilihan yang praktikal dan versatil, tapi itu tak bermakna ia perlu kelihatan bosan. Dengan sedikit kreativiti dan teknik gaya yang betul, daripada pemilihan warna, aksesori, lapisan pakaian hingga kepada jenis potongan kasut, anda boleh tampil bergaya dan yakin setiap kali melangkah keluar.
Kalau anda sedang mencari kasut kerja yang sesuai, terutamanya yang berwarna hitam dan berpotongan formal, jangan lupa layari madre.my. Di sana, anda boleh temui pelbagai pilihan kasut bertumit rendah, loafers, dan rekaan minimalist yang direka khas untuk wanita moden seperti anda. Selesa dipakai seharian, bergaya untuk ke pejabat, dan cukup elegan untuk acara istimewa.