Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Ramai wanita bekerjaya, terutamanya yang berusia 30 tahun ke atas, kini lebih cenderung memilih wedges berbanding heels. Dengan jadual harian yang sibuk, mereka perlukan kasut yang selesa, stabil, dan sesuai untuk bergerak dan wedges adalah pilihan terbaik!
Tambahan pula, wedges zaman sekarang bukan sekadar selesa, tapi juga tampil dengan pelbagai design trendy daripada kasual, hingga ke elegan untuk majlis formal. Kalau anda selalu rasa sakit kaki atau kurang yakin dengan heels, mungkin sudah tiba masanya untuk beralih ke wedges!
Nak tahu kenapa ia jadi pilihan ramai? Jom teruskan baca blog ini !
Tak semua orang selesa pakai heels, terutama yang baru cuba atau selalu rasa terhuyung-hayang bila berjalan. Dengan wedges, masalah ini boleh diatasi sebab tapaknya lebih lebar dan stabil, memberi keseimbangan yang lebih baik berbanding heels biasa.
Menariknya, ia juga ada dalam pelbagai ketinggian daripada 1 inci yang rendah dan selesa sehinggalah 5 inci untuk nampak lebih tinggi tanpa mengorbankan keselesaan. Jadi, kalau anda takut tergelincir atau rasa heels terlalu sukar, wedges boleh jadi pilihan terbaik untuk tetap tampil bergaya tanpa rasa sakit!
Kalau kerja atau rutin harian anda memerlukan banyak pergerakan, memakai heels terlalu lama boleh jadi menyakitkan, terutama di bahagian tumit dan hujung kaki. Ini kerana heels biasa memberi tekanan lebih pada satu titik sahaja, menyebabkan kaki cepat lenguh.
Berbeza dengan wedges, tapaknya yang rata dan penuh mengagihkan berat badan dengan lebih sekata. Hasilnya, anda boleh berdiri lebih lama, berjalan dengan selesa, dan kurang rasa sakit di kaki sangat sesuai untuk mereka yang aktif bergerak sepanjang hari!
Ramai yang suka pakai heels untuk tampak lebih tinggi, tapi tak semua sanggup tahan sakitnya. Dengan wedges, anda boleh dapatkan ketinggian yang diidamkan tanpa rasa lenguh kerana tapaknya direka untuk menyokong seluruh kaki dengan lebih seimbang.
Berbanding heels yang memberi tekanan lebih pada bahagian depan kaki, wedges membantu mengurangkan beban pada tumit, menjadikannya lebih selesa dipakai dalam tempoh yang lama.
Dulu, ramai yang mengelak memakai wedges kerana dianggap berat dan kurang fleksibel. Tapi kini, dengan inovasi dalam fesyen kasut, kebanyakkannya diperbuat daripada bahan yang lebih ringan seperti EVA foam dan PU ringan tanpa mengorbankan kestabilan. Ini menjadikannya lebih selesa untuk dipakai sepanjang hari tanpa rasa terbeban di kaki.
Selain itu, wedges moden juga lebih fleksibel dan mudah bergerak, menjadikannya pilihan ideal untuk mereka yang aktif dan sentiasa on-the-go. Dengan reka bentuk ringan dan sokongan baik, anda boleh bergaya tanpa risau kaki lenguh atau sakit!
Kalau anda baru nak berjinak-jinak dengan kasut bertumit, wedges adalah stepping stone terbaik! Berbanding heels biasa yang lebih sukar dikawal, wedges mempunyai tapak yang lebih lebar dan rata, memberikan kestabilan yang lebih baik. Anda tak perlu risau hilang keseimbangan atau terhuyung-hayang ketika berjalan.
Selain itu, ia lebih selesa untuk dipakai lama, membiasakan anda dengan kasut tinggi tanpa rasa sakit. Dengan pelbagai pilihan rekaan dan ketinggian, wedges adalah alternatif sempurna untuk tampil anggun tanpa perlu melalui “derita” heels!
Sama ada anda baru belajar pakai tumit atau mahukan kasut selesa untuk harian, wedges adalah pilihan bijak! Dengan reka bentuk yang stabil, ringan, dan bergaya, tak hairanlah ramai wanita kini lebih memilih wedges berbanding heels.
Nak tahu lebih banyak tips dan info menarik tentang fesyen kasut? Ikuti blog kami untuk pelbagai panduan berguna dan trend terkini!