Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Happy Madre’s Day!

Selamat Hari Ibu! 🤱

It’s Madre’s Day! Tahukah anda, nama Madre bermaksud ibu yang disebut dalam bahasa Sepanyol, Itali dan Portugis. Haa jadi lepasni kalau sis nak panggil Madre’s dekat ibu sis pun tak ada masalah, baru ala-ala sepanyol sikit! Hahah 😅

Sempena menyambut Hari Ibu pada hari ini, team Madre ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua insan yang bergelar ibu di dunia ini. Marilah kita sama-sama titipkan rasa kesyukuran dan penghargaan buat insan yang telah melahirkan kita di dunia ini. Tanpa ibu, tiadalah kita. 😔

Ibu, kau lah ratu hatiku. Tiada apa yang lebih berharga dari pengorbanan seorang ibu. Tiada insan lain yang mampu memberikan rasa kasih dan sayang setanding dengan ibu. Kasih sayangnya dibawa hingga ke syurga, pengorbanannya melahirkan kita di dunia adalah suatu anugerah yang terindah.

Ibu, kau lah ratu hatiku. Besarnya pengorbananmu ibu, sentiasa mengawasiku, di saat orang lain cuba menjatuhkan, kau hadir dalam menyelamatkanku, memahami dan terus memberi dorongan. Tidak pernah penat melayanku, itulah ibu.

Ibu, kaulah ratu hatiku. Jasamu dalam membesarkanku tidak pernah akan ku lupa. Tanggungjawab dari segi menyediakan makanan buat anak-anakmu, meluangkan masa, memberikan sepenuh tenaga dan pengorbanan demi kebahagiaan keluarga. Walaupun, kau pendam segala kesusahan dan kepayahan, kau tetap kuat. Itulah ibu

Ibu, kau lah ratu hatiku. Wanita yang mengagumkan dalam hidup kita ini tidak pernah mengambil masa cuti daripada menjaga kita walaupun mereka tidak berada dalam keadaan yang baik. Meskipun mereka tidak sihat, mereka akan sentiasa ada untuk kita, dan kerana itulah, kita perlu ucapkan terimakasih atas segala pengorbanan yang telah dilakukan.

Justeru, insan yang mulia ini patut diberikan penghargaan yang besar. Titipkan ucapan terima kasih di atas segala pengorbanan yang mereka telah lakukan. Meskipun Hari Ibu disambut sekali dalam setahun, namun janganlah kita sesekali lupa untuk sentiasa ucapkan terima kasih ke atas Ibu kita. Sememangnya, jasa dan pengorbanan seorang ibu itu tidak mampu dihitung dengan jari.

Selamat Hari Ibu,

Love, from Madre

Anda suka artikel di atas? Kalau suka, ada banyak lagi artikel menarik dan berguna di sini. Kalau nak tengok tote beg yang berkualiti dan pelbagai guna, boleh ke www.madre.my. Lagi mudah, Whatsapp sahaja kami untuk dapat respon terpantas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *