Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Tidak dinafikan, Kasut merupakan salah satu elemen penting dalam kehidupan seharian. Tak percaya? Cuba check outfit of the day harian sis, mesti ada hari ‘bad day’ di mana kasut tak sesuai dengan OOTD tu, sampaikan boleh mendatangkan bad mood. Sebab itulah kasut sangat memainkan peranan penting kepada diri wanita untuk aspek kecantikan luaran.
Haa, hari ini, Kakpin nak ceritakan serba sedikit jenis-jenis kasut yang wajib ada pada setiap wanita.
First and foremost adalah kasut Flats. Flats merupakan salah satu kasut yang mempunyai tapak permukaan yang rata dan memudahkan untuk si pemakai melakukan apa-apa sahaja aktiviti. Contohnya, kalau sis ingin pergi ke sesuatu destinasi secara terburu-buru, ataupun keluar ke pasar, berjalan-jalan di taman perumahan, Flats adalah pilihan yang tepat sekali! Hmm, Flats juga boleh dikatakan sesuai bagi mereka yang agak clumsy!
Yesza, yang kedua ialah wedges. Kasut wedges boleh membuatkan penampilan kelihatan lebih kemas. Pastikan sis memilih wedges yang selesa dan terlihat stylish! Apatah lagi kalau memakai wedges Madre, memang terbukti selesa dan banyak warna pilihan. Antaranya, Sansa, Reana, Reana X, Tania dan banyak lagi! Pastikan wedges yang dipilih tidak melebihi 3 inci ye.
Ketiga ialah kasut formal. Ini sangat penting ye sis sekalian. Kasut formal kebiasaannya digayakan untuk menghadiri majlis rasmi. Rekaan kasut tersebut mestilah bertutup dan bertumit tinggi supaya sesiapa sahaja yang memakainya akan tampil lebih elegan. Kalau sis sedang mencari kasut office, Kakpin cadangkan pakailah Vienna! Nampak berkarisma dan anggun sangat buat sesiapa yang memakainya.
Sis seorang yang aktif bersukan? Jika ya, sport shoes antara kasut yang wajib ada dalam wardrobe kasut sis di rumah tu. Sebagai wanita yang ingin mengekalkan tubuh badan yang sihat, jenis kasut sport shoes memang kena ada tidak kira untuk apa jenis sukan. Sport shoes juga menjadi ramai pilihan wanita lasak dan aktif bekerja.
Last but not least, Sandal Flat. Maklumlah, kalau bercakap mengenai cuaca Malaysia yang selalunya panas, sudah tentu jenis kasut yang sesuai adalah sandal flat. Sandal Flat ini menjadi ramai pilihan wanita terutamanya ketika bercuti di peranginan pantai kerana tentunya sandal flat yang ringan dan senang sarung memudahkan kita untuk berjalan seharian dalam masa yang lama.
Amacam sis? Cuba check di wardrobe kasut rumah, ada tak kesemua 5 jenis kasut di atas? Kasut sebenarnya merupakan salah satu elemen penting dalam memberikan wanita keyakinan diri terhadap penampilan kita. Apa yang penting, sis perlu tahu fungsi dan cara menggayakan kasut tersebut pada setiap situasi.
Anda suka artikel di atas? Kalau suka, ada banyak lagi artikel menarik dan berguna di sini. Kalau nak tengok tote beg yang berkualiti dan pelbagai guna, boleh ke www.madre.my. Lagi senang, Whatsapp sahaja kami untuk dapat respon terpantas.