Ini List Food Bank & Bantuan Buat Mereka Yang Terkesan

Kibaran Bendera Putih bukti kita jaga kita!

Bagi mereka yang memerlukan bantuan di Musim PKP ni, Ini adalah senarai Food Bank yang boleh didapati di sekitar anda. Kakpin dapati sekarang memang ramai yang menyediakan bantuan untuk mereka yang terjejas di musim PKP ni. Salah satu inisiatif viral adalah kempen kibarkan bendera putih di kediaman rumah. Selain itu, ada juga kaedah lain yang yang digunakan oleh rakyat prihatin untuk mereka yang terjejas iaitu Food Bank.

Jangan risau dan segan. Sama-sama kita kongsi dan bantu!

1. Stesen Minyak Shell

Majoriti stesen minyak Shell ada food bank yang dipanggil Sudut Komuniti. Jangan risau dan segan. Boleh cuba pergi ke Shell yang berdekatan dengan kediaman rumah anda.

2. Elews Mart

Elews Mart milik Ustaz Ebit Lew turut menyediakan food bank. Cuba check di kawasan kediaman atau daerah yang anda duduki.

3. Masjid & Surau di Wilayah Persekutuan

Terdapat lebih 200 buah Masjid dan Surau yang menyediakan ruangan Gerobok Rezeki khas untuk bekalan keperluan makanan asas dan juga ruangan Dapur It’am bagi bekalan makanan tengah hari. Untuk lihat lokasi tersebut, klik

4. Malakat Mall Cyberjaya

Bagi mereka yang tinggal berdekatan Cyberjaya, boleh ke Malakat Mall di mana mereka ada menyediakan ruang Infaq Corner. Di situ, banyak hasil sumbangan barangan dapur oleh orang ramai seperti beras, gula, tepung , bihun mahupun pampers anak.

5. Seremban

Warga Seremban yang terjejas boleh check 8 tempat di bawah.

Buat yang memerlukan bantuan makanan dan keperluan makanan asas yang lain, bolehlah anda memanfaatkan inisiatif yang telah digunakan ini unutk menampung kehidupan seharian.

Leave a Reply

Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124