Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Isi Waktu Duduk Rumah Dengan 4 Jenis Smoothie Viral

Hello sisters! Tengah buat apa tu kat rumah? Bila kerja kat rumah ni kadang-kadang kita pun rasa tak ada mood nak buat kerja. Tapi tahu tak sis, sambil work from home tu sis boleh try buat air smoothie viral! Bila dapat air yang melegakan tekak, automatik jadi rajin dan semangat nak buat kerja! Betul tak? 😁

Bayangkan, sedapnya kalau kita dapat minum air yang sejuk, rasa pula manis campur masam, lepas tu tambah pula dengan ais batu yang banyak. Bila masuk ke tekak tu, rasa legaaaa je tambah pula cuaca panas sekarang ni. Cuba bayangkan, lepas minum mungkin rasa macam di kayangan! Perghh

Sis pernah dengar tak smoothies viral? Sebelum ni kecoh di media sosial semua cuba Dalgona Coffee, hampir 80% Kakpin boleh bagitahu semua tunjuk skill masing-masing. Tapi, Kakpin nak pesan jangan amalkan selalu sebab kandungan gula dia agak tinggi tau.

Jadi, Kakpin rasa daripada kita buat Dalgona Coffee tu, apa kata kita cuba smoothie viral ni sebab minuman ni berkhasiat! Tambah pula, tak lama lagi kita nak menyambut bulan Ramadhan, jadi Kakpin rasa minuman ni sangat sesuai dijadikan sebagai juadah berbuka!


#1 – Peanut Butter Cup Smoothie 

Bahan-bahan :

  • 2 biji pisang 
  • ¼ cawan peanut butter 
  • 1 cawan susu kacang 
  • 2 tbsp cocoa powder 

#2 – Healthyish Oreo Smoothie

Bahan-bahan :

  • 1.5 biji pisang yang disejukkan
  • 2 biskut oreo
  • 1 cawan susu kacang
  • ½ tsp esen vanilla

#3 – Snickers Smoothie 

Bahan-bahan :

  • 2 biji pisang yang disejukkan 
  • 2 cawan susu kacang
  • 2 biji kurma 
  • 1 tbsp serbuk koko 
  • 1 tbsp peanut butter

#4 – Coffee Crip Smoothie 

Bahan-bahan :

  • 3 biji kurma 
  • ¼ cawan oat 
  • ¾ cawan susu kacang 
  • ½ tsp coffee

Cara nak buat kesemua air ni sis kisar kan semua bahan-bahan tu dan kalau sis nak tambah ais batu pun boleh. Paling penting, kalau sis tengok bahan-bahan resipi tu sangat mudah! Tak sampai 5 bahan pun dan tak sampai 10 minit dah siap. Paling best resipi ni semua sangat sihat.

Bahan-bahan seperti pisang, peanut butter, kurma dan coffee mampu meningkatkan metabolisme dan membantu proses pencernaan. Kakpin faham, ramai yang mempunyai matlamat nak kurus sebelum raya. Haa apa lagi sis, resipi ni memamg membantu untuk sis yang plan nak kurus tuuu! Hehe

Sambil work from home tu, boleh cuba hidang smoothie ni untuk En.Suami, mana tahu bila bodek dia, sis pun untung dapat shopping kasut Madre. Eh! Hahaha apa-apa pun Kakpin nak ucapkan stay safe sepanjang PKP ni, duduk di rumah dan sentiasa patuh arahan pihak kerajaan ok.

Selamat mencuba air smoothie viral tu! 😆

Sumber : Twitter @farahislyana

Anda suka artikel di atas? Kalau suka, ada banyak lagi artikel menarik dan berguna di sini. Kalau nak tengok tote beg yang berkualiti dan pelbagai guna, boleh ke www.madre.my. Lagi mudah, Whatsapp sahaja kami untuk dapat respon terpantas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *