Kasut Berbau? Guna Kaedah Ini!

“Muka je cantik, tapi kaki busuk”.

Emosi naik turun kalau terima kritikan macam di atas ni. Sebagai wanita, memiliki wajah dan bentuk badan cantik tidak memberikan apa-apa makna sekiranya kaki tidak dijaga rapi yang akhirnya kasut berbau busuk dan bertambah teruk boleh memudaratkan kesihatan seseorang.

Banyak sebab yang boleh menyumbang kepada berlakunya kasut berbau. Cuaca yang panas dan peluh pada bahagian itu turut menyumbang kepada masalah tersebut. Paling worst, sekiranya kita memakai kasut yang lembab dan menyebabkan masalah itu berlarutan terutama jika tidak mencuci kaki dengan betul. Masalah ini boleh diatasi sekiranya kita menjaga kebersihan kaki dan beberapa tip ini mungkin boleh membantu anda.

1. Sumbat Surat Khabar

Bunyi agak pelik, tapi trick ini sangat membantu. Simple sahaja. Apa yang anda perlu lakukan ialah ambil mana-mana surat khabar lama dan masukkan ke dalam setiap kasut tersebut. Bau busuk akan diserap oleh surat khabar jika dibiarkan semalaman di dalam kasut.

2. Alkohol Isoprophil

Kedua, gunakan alkohol isoprophil. Alkohol merupakan pembasmi kuman kuat yang membunuh banyak bakteria. Jadi ia adalah pilihan yang tepat untuk menghilangkan bakteria yang menyebabkan bau busuk pada kasut. Caranya, basahkan kapas dengan produk dan gosok bahagian dalam kasut. Bersihkan semua kawasan dalaman kain dan, jika perlu, tambahkan lebih banyak alkohol.

3. Lemon

Yes sis, bunyi agak pelik tetapi penggunaan buah lemon sememangnya berkesan untuk menghilangkan bau kasut. Caranya mudah. Perahkan sedikit lemon dalam kasut dan tinggalkan kepingan lemon semalaman. Ini kerana, buah lemon mempunyai bau yang kuat dan mampu menghilangkan bau kasut dengan mudah dan efisien.

4. Bedak & Baking Soda

Next is, bedak bayi ataupun baking soda! Sebab utama kasut anda berbau adalah disebabkan kaki yang berpeluh. Untuk memastikan kaki sentiasa kering, letakkan bedak di kaki sebelum memakai stoking atau kasut.

5. Uncang Teh

Last but not least, penggunaan uncang teh. Letakkan beberapa uncang teh ke dalam kasut supaya ia menyerap bau busuk kasut. Kalau kasut basah, letak sedikit baking soda dan biarkan selama beberapa hari. Jimat masa dan kos tau!

Apa-apa pun, sebaik-baiknya cuci kasut anda dengan kerap atau pun keluarkan bahagian tapak dalam kasut untuk dicuci kerana di situ adalah tempat membiaknya bakteria. Apa salahnya, laburkan sedikit wang untuk membeli barangan penjagaan kasut seperti semburan mematikan bakteria.

Suka artikel ni? Jangan lupa LIKE,SHARE dan SUBSCRIBE Madre.my untuk dapatkan lebih banyak lagi info dan tips menarik. See ya!

Leave a Reply

Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124