Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Kasut Warna Pastel

Senang ke nak padankan kasut pastel?

Bukan perempuan kalau ada sepasang sahaja kasut. Betul tak? Mesti ada kasut kerja, kasut pergi mall, kasut buang sampah, kasut ambil parcel, dan macam-macam lagi. Kalau boleh setiap tempat tu ada kasut tertentu.

Saya sendiri pun ada berpasang-pasang kasut. Tak dinafikan susah kalau ada satu jenis kasut sahaja. Sebab tidak semua kasut sesuai untuk sesuatu tempat. Ia bergantung kepada tempat yang kita kunjungi dan berapa lama kita akan menyarung kasut tersebut.

Bukan itu sahaja, warna pun main peranan juga. Saya peminat kasut-kasut warna pastel. Bagi saya, warna pastel lebih senang untuk dipadankan dengan pelbagai warna berbanding kasut berwarna gelap atau terang. Warna paling senang untuk dipadankan dengan pelbagai baju ialah warna beige. Sarung baju warna apa pun, memang padan dengan kasut warna beige.

Sandal Noury sesuai kalau pakai nak pergi beli barang dapur ke atau masa santai-santai. Untuk jalan-jalan dekat pantai atau bercuti memang sangat sesuai. Nak pergi bercuti bawa satu sandal pun dah cukup sebab sesuai untuk semua dan boleh pakai dalam tempoh yang lama. Lagi-lagi bila warna pastel pula.

Noury

Rossa pula sesuai untuk digayakan dengan pakaian kasual dan formal. Boleh gunakan Rossa untuk pergi bersiar-siar. Pakai ke tempat kerja juga sesuai. Sesuai untuk padankan Rossa in Pink dengan baju warna putih, kelabu, biru cair dan coklat cair. Rossa lebih cantik kalau sis padankan dengan baju yang banyak corak.

Rossa

Medhika yang berwarna pastel sesuai untuk digayakan dengan seluar yang berwarna terang seperti jeans biru cair, putih, sage green dan beige. Dengan menggayakan flats Medhika berwarna pastel dengan seluar yang berwarna terang, pemakai akan kelihatan estetik kerana pemilihan warna yang sepadan.

Medhika

Sebenarnya senang sahaja untuk gayakan kasut berwarna pastel jika pandai untuk memadankan warna kasut dengan warna baju. Yang penting, kena rajin lap kasut warna pastel kerana kasut berwarna pastel lebih mudah untuk nampak kotor. Nak cantik mesti kena rajin, betul tak?

Jom dapatkan kasut-kasut warna pastel daripada Madre

www.madre.my 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *