Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Langkah-langkah Persediaan Hadapi Banjir

Ingat sebelum kena, berhemat sebelum habis. Semoga bermanfaat buat semua

Setiap tahun kita sering menonton di kaca televisyen atau radio mengenai beberapa kawasan di negara ini pasti dilanda banjir terutama apabila tiba musim tengkujuh. Pada masa sama, sudah menjadi lumrah kebanyakan daripada kita akan mengambil cuti panjang dan melancong bersama keluarga ataupun rakan, tidak terkecuali ke kawasan berpotensi banjir.

Jaidkita sebagai rakyat Malaysia terutamanya yang tinggal di kawasan berisiko tinggi banjir, harus peka dan bersiap sedia menghadapi ancaman tersebut agar tindakan awal dapat diambil bagi meminimumkan kerosakan dan mengurangkan kehilangan nyawa akibat banjir. Jadi ini kami kongsikan beberapa langkah sebelum menghadapi banjir.

Sentiasa Peka dengan Pengumuman

Yang pertama, kita sentiasa peka dengan pengumuman atau maklumat mengenai banjir melalui saluran radio, televisyen dan pihak-pihak yang berkaitan seperi bilik gerakan banjir negeri atau daerah. Jika mendapat amaran untuk berpindah, segera lakukan.

Tindakan di Rumah

Kedua, apabila berada di rumah, pastikan anda penuhkan tong, bekas, sinki atau tab mandi dengan air bersih, semasa banjir air mungkin menjadi kotor. Bawa masuk perabot atau perkakas di luar rumah. Paling penting, asingkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama dalam bekas kalis air. Tutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas. Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.

Bagi Yang Melancong

Bagi yang melancong, dapatkan maklumat mengenai taburan hujan seperti akses kepada laman web Jabatan Meteorologi, Portal Bencana atau Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia. Bawa kelengkapan bayi supaya mudah diuruskan ketika banjir berlaku. Simpan nombor telefon klinik, hospital dan orang yang boleh dihubungi ketika kecemasan. Manakala, pesakit kronik perlu membawa bekalan ubatan mencukupi selain pemantauan jadual rawatan kerana dikhuatiri berdepan masalah ketika berada dalam keadaan banjir.

Berikut adalah langkah persediaan dalam menghadapi banjir. Kekal berwaspada dan peka dengan keadaan cuaca. Dapatkan info amaran dan ramalan banjir, kenaikan aras sungai di kawasan anda serta kadar lebat hujan melalui laman sesawang publicinfobanjir atau aplikasi mudah alih MyPublic InfoBanjir. Terima kasih para pembaca yang telah membaca dari awal ke penghujungnya. Semoga kita semua sentiasa peka dan berada dalam keadaan selamat selalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *