Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Mesti ada dalam kalangan anda yang mempunyai masalah kasut berbau? Ada cara mudah yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan daripada kasut anda berbau. Ikuti tips-tips ini untuk mengelakkan daripada kasut berbau
1. Teh Uncang Boleh Hilangkan Bau Pada Kasut?
Untuk mengelakkan kasut daripada berbau, anda boleh meletakkan seuncang teh ke dalam kasut dan biarkan semalaman. Teh uncang ini berfungsi sebagai penyerap bau-bau yang ada pada kasut.
2. Kasut Mesti Kering Kalau Tak Nak Berbau?
Bagi memastikan kasut tidak mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan, anda perlu memastikan kasut sentiasa kering. Anda juga harus memastikan kasut anda dikeringkan jika ia berada dalam keadaan lembab.
3. Penggunaan Stokin Dapat Mempengaruhi Bau Kasut?
Penggunaan stokin yang fabriknya jenis coolmax dapat membantu penyerapan peluh pada kaki. Hal ini akan menyebabkan kaki dan kasut tidak akan lembab dan mengeluarkan bau.
Cara-cara di atas boleh digunakan untuk kasut bertutup. Hal ini memandangkan kasut-kasut yang bertutup mengehadkan ruang udara untuk mengeringkan peluh pada kaki. Jadi, anda perlu memberi perhatian yang lebih untuk penjagaan kasut bertutup.
Anda suka artikel di atas? Kalau suka, ada banyak lagi artikel menarik dan berguna di sini. Kalau nak tengok tote beg yang berkualiti dan pelbagai guna, boleh ke www.madre.my. Lagi senang, Whatsapp sahaja kami untuk dapat respon terpantas.