Nak Pastikan Kasut Tahan Lama?

Kasut yang jarang digunakan terkelupas kulit dan gam merekah.

Pernah atau tidak anda ada kasut yang dipakai sekali dua dan kemudian hanya disimpan dalam almari atau kotak? Mesti kasut yang disimpan kulit kasut terkelupas atau gam merekah. Anda boleh ikuti cara-cara ini untuk pastikan kasut yang disimpan tahan lebih lama, tidakmudah terkelupas dan gam merekah

Simpan di dalam kotak

Untuk kasut yang jarang digunakan dan mahu disimpan dalam tempoh yang lama, cara terbaik adalah simpan dalam kotak. Hal ini bagi mengelakkan kasut daripada terkena cahaya matahari dan debu. Paling penting pastikan simpan dalam kotak yang kering untuk mengelakkan kasut berkulat.

Simpan di tempat terbuka

Untuk kasut yang selalu digunakan, adalah digalakkan kasut tersebut disimpan di tempat terbuka bagi memastikan kasut tersebut tidak lembap. Hal ini kerana, kasut yang sering digunakan akan mempunyai lebih kelembapan berbanding kasut yang jarang digunakan.

Gunakan surat khabar

Bagi mengekalkan bentuk kasut, menyumbat surat khabar dalam kasut bertutup adalah salah satu cara yang terbaik. Tambahan lagi, surat khabar yang dimasukkan dalam kasut itu mampu membantu menyerap kelembapan. Hal ini dapat memastikan kasut berada dalam keadaan yang kering.

Dah beli kasut mahal-mahal mestilah sayang kalau hanya dapat digunakan dalam tempoh yang sekejap saja. Jadi gunakan cara-cara ini untuk pastikan kasut bertahan lebih lama.

Anda suka artikel di atas? Kalau suka, ada banyak lagi artikel menarik dan berguna di sini. Kalau nak tengok tote beg yang berkualiti dan pelbagai guna, boleh ke www.madre.my. Lagi senang, Whatsapp sahaja kami untuk dapat respon terpantas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *