Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Padanan Warna Kasut Dengan Warna Baju Yang Sesuai

Kadang-kadang mesti pening masa nak padankan warna kasut dengan warna baju yang sesuai. Jika ada majlis yang perlu dihadiri, lagi banyak masa yang diperlukan untuk mencari padanan yang sesuai.

Dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan warna baju dan kasut yang boleh dipadankan. Nak jimat masa anda untuk cari padanan warna yang sesuai? Wajib baca artikel ini sampai habis.

Kasut soft pink/pink pastel paling sesuai dipadankan dengan warna putih?

Medhika in Dusty Rose by Madre

Untuk warna pertama ialah warna soft pink/ pastel pink. Warna ini dipilih kerana warna ini merupakan warna popular. Ramai yang dah berani gunakan warna pink. Betul tak?

Bagi kasut yang berwarna soft pink/ pastel pink, warna baju yang sesuai adalah warna hitam, biru (jeans), biru gelap, merah, oren, sage green dan putih.

Warna paling terbaik untuk dipadankan ialah warna putih.

Selain itu, warna soft pink/pink pastel dapat membuatkan pemakai tampil lebih feminim. Hal ini kerana warnanya lembut, tidak “vibrant”

Kasut putih susah untuk dipadankan dengan warna baju?

Reana in Off White by Madre

Kebanyakan orang memilih untuk tidak memakai kasut berwarna putih. Kenapa? Jawapannya susah untuk dipadankan dengan warna baju. Selain itu, alasannya ialah kasut putih cepat kotor. Sedangkan warna putih cara paling mudah untuk nampak mewah dan eksklusif. Yang penting, anda perlu rajin bersihkan kasut tersebut.

Untuk kasut yang  berwarna putih, warna baju yang sesuai adalah warna beige, biru (jeans), biru gelap dan kelabu cair. Secara amnya, semua warna neutral sesuai dipadankan dengan kasut berwarna putih.

Warna kasut yang wajib semua wanita miliki iaitu beige

Sansa in Beige by Madre

Akhir sekali, kasut warna ini wajib dimiliki oleh semua wanita iaitu warna beige. Warna beige ni antara warna selamat selepas warna hitam. Kenapa beige warna selamat? Beige boleh dipadankan dengan pelbagai warna.

Kasut yang  berwarna beige, warna baju yang sesuai adalah warna putih, kelabu, cream, oren, emerald green, maroon dan merah.

Kasut berwarna beige boleh digayakan secara formal dan kasual.

Dah tahu padanan warna kasut dengan warna baju? Jadi masa anda tidak akan terbuang untuk padankan warna yang sesuai selepas ini. 

Anda suka artikel di atas? Kalau suka, ada banyak lagi artikel menarik dan berguna di sini. Kalau nak tengok tote beg yang berkualiti dan pelbagai guna, boleh ke www.madre.my. Lagi senang, Whatsapp sahaja kami untuk dapat respon terpantas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *