Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

3 Pantang Larang Bendera Malaysia WAJIB Ambil Tahu

Jalur gemilang pun ada pantang larang?

Beberapa hari lagi Malaysia akan menyambut hari kebangsaan secara besar-besaran setelah kita terkurung akibat Covid. Apabila tiba bulan Ogos setiap tahun, pasti ramai yang mula bersemangat untuk mengibarkan Jalur Gemilang(bendera Malaysia) sebagai simbolik kepada sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos.

Anak-anak mula meminta kepada ibu bapa untuk dibelikan bendera bagi meraikan sambutan Hari Merdeka di sekolah. Semuanya seakan tidak sabar untuk menzahirkan rasa kecintaan diri masing-masing terhadap negara tempat tumpahnya darah mereka. Namun, dalam tak sedar, mungkin ramai yang terlepas pandang bahawa terdapat ‘pantang-larang’ berhubung Jalur Gemilang seperti yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Jadi, jom kita rungkai satau-persatu pantang-larang dalam penggunaan Jalur Gemilang.

1. Buat Kostum Guna Bendera Malaysia

Untuk yang masih belum tahu, kita tidak dibenarkan untuk memanipulasikan bendera. Ini membawa maksud bentuk bendera tidak boleh diubah menjadi baju, samping ataupun tengkolok. Dalam maksud lain, kita tidak boleh menggunakan bendera dalam perkara yang ditafsirkan sebagai merendahkan martabat Jalur Gemilang seperti alas meja, kain tudung, payung, songkok, topi, tuala mandi, alas kusyen dan sebagainya.

Jika mahu menghasilkan kostum bertemakan kemerdekaan sebaiknya gunakan warna-warna yang terdapat pada Jalur Gemilang sebagai inspirasi. 

bendera malaysia

2. Tidak Boleh Dibayangi Objek Lain

Dalam penghasilan poster atau apa-apa visual sama ada secara digital atau lukisan tangan, bendera tidak boleh dibelakangi oleh objek lain. Sekiranya terdapat objek atau visual lain di hadapan, ini menunjukkan bentuk bendera sudah tidak sempurna. Jalur Gemilang perlu digambarkan dalam bentuk yang sempurna.

3. Perlu Dipasang Dengan Betul

Bagi yang mengambil bendera dan membalut sebahagian kenderaan atau seluruh kenderaan, ini sudah dikira melanggar adab Jalur Gemilang. Jika mahu menghias kereta dengan bendera, sebaiknya gunakan bendera kecil dan letakkan di atas bumbung kenderaan. Bendera hanya boleh dikibarkan sahaja dan tidak boleh diubah suai bentuknya.

Jalur Gemilang merupakan lambang kedaulatan negara. Marilah sama-sama kita hormati bendera kita kerana ia menjadi simbol maruah negara. Kalau anda ada tips atau idea lain yang ingin dikongsikan, boleh kongsikan kepada kami.

Akhir kata, Selamat menyambut Hari Kebangsaan untuk semua pembaca. Keluarga MALAYSIA, teguh BERSAMA .

Anda suka artikel di atas? Kalau suka, ada banyak lagi artikel menarik dan berguna di sini. Kalau nak tengok tote beg yang berkualiti dan pelbagai guna, boleh ke www.madre.my. Lagi senang, Whatsapp sahaja kami untuk dapat respon terpantas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *