Pupuk Semangat Patriotisme Di PPV?

Kudos to Pak Rahim!

Krisis COVID-19 adalah ujian terhadap semangat patriotik rakyat Malaysia dalam menghadapi krisis pandemik dalam negara. Sudah tiba masanya untuk kita sebagai rakyat Malaysia menunjukkan semangat cintakan negara dengan berjuang memerangi COVID-19, selain akur dengan pelaksanaan kerajaan mengawalnya melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Namun itu tidak menghalang individu yang tular di sosial media baru-baru ini dengan gelagatnya apabila hadir di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Lendu dengan serba lengkap berpakaian tema Jalur Gemilang! Wow!

Punya Cara Tersendiri

Pak Rahim atau nama sebenarnya Md Rahim Maskop, seorang pesara tentera sekaligus menjadi tumpuan orang ramai sebaik beliau melangkah masuk ke PPV tersebut. 

Meskipun berumur 52 tahun, tapi itu tetap tidak mematahkan semangatnya untuk menzahirkan semangat patriotik menjelang bulan kemerdekaan dengan cara tersendiri. Salute! 

Konvoi Jalur Gemilang

Bukan itu sahaja, nampaknya dah bermulanya bahang kemerdekaan oleh beberapa jabatan kerajaan dan aktivis sendiri dengan menyertai acara konvoi Jalur Gemilang. Aktiviti di Kulai Johor itu mendapat sambutan baik apabila mereka bersemangat mengedarkan Jalur Gemilang dan poster Hari Kebangsaan walaupun dalam keadaan pandemik ini. Rakyat Malaysia are the best!

Memang benar, sambutan kemerdekaan tahun ini tidak lagi seperti dahulu. Walaupun kita sedang bergelut dengan pandemik Covid-19 dan berusaha untuk pulih, namun sebagai rakyat Malaysia kita sebenarnya mempunyai banyak cara untuk menyatakan rasa cinta terhadap tanah air.

Antaranya, kita boleh contohi perkara di atas. Tidak salah untuk cuba meniupkan semangat patriotik dalam diri di tempat awam seperti PPV mahupun sekecil-kecil perkara seperti menggantung bendera Jalur Gemilang di kediaman rumah. Marilah sama-sama kita pupuk rasa cinta kepada negara di ambang Covid-19 yang melanda negara ini. 

Kita Jaga Kita. Malaysia Prihatin!

Leave a Reply

Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124