Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Resepi Donut Susu Viral Yang Confirm Sedap

Best ni kalau makan petang-petang!

Jika dahulu, donut hanya disaluti dengan gula halus dan juga topping yang pelabgai seperti strawberry, coklat dan macam-macam lagi. Namun belakangan ni, kalau lihat sahaja di laman media sosial Tik Tok, Reels Instagram atau Facebook, mesti akan nampak posting viral donut bersalut susu yang nampak sangat mengiurkan.

Sekali rasa, confirm nak cuba berkali-kali. Apa kata anda buat sendiri sahaja di rumah, memang sedap makan panas-panas! Jom cuba resepi donut susu viral di bawah ini.

Bahan-Bahan

  • Mauripan 1 pek (bancuh dulu dengan air suam sampai berbuih)
  • Tepung gandum dekat 1kg
  • Telur 1 biji
  • Marjerin dalam 2 sudu makan
  • Susu pekat
  • Susu tepung dalam 2 sudu lebih macam tu
  • Garam

Cara-Cara

  • Masukkan tepung gandum ke dalam mangkuk besar.
  • Dalam mangkuk lain, masukkan air suam diikuti dengan gula pasir. Kemudian, masukkan susu pekat.
  • Gaul sampai gula hancur dan sebati.
  • Dah sebati, masukkan yis dan kacau lagi sehingga sebati. Biarkan selama 10 minit.
  • Selepas dah uli, anda boleh rounding dan bentukkan doh ikut berat yang diingini.
  • Sebelum nak goreng donut, anda perlu pastikan yang doh tak melekat di tangan dan rasa ringan bila diangkat.
  • Panaskan minyak yang banyak dan goreng kuih dengan api perlahan hingga keemasan.
  • Biar kuih sejuk sebelum disadur dengan susu tepung.

Macam mana, mudah je kan untuk buat resepi homemade donut susu viral ni. Terima kasih kerana terus kekal setia membaca dari awal ke penghujungnya. Anda suka resepi di atas? Kalau suka, ada banyak lagi resepi best dan berguna di sini. Kalau nak tengok kasut pun boleh ke www.madre.my. Lagi mudah, Whatsapp sahaja kami untuk dapat respon terpantas.

Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *